Baru-baru ni Spongebob ada tengok cerita Seribu Kali Cinta kat TV3 slot Akasia tu. Bila dengar lagu Kasih Antara Kita, Spongebob agak suka dengan lagu ni jika dibandingkan dengan satu lagi lagu OST Seribu Kali Cinta iaitu “Kamu Yang” nyanyian Ruffedge. Cerita Seribu Kali Cinta ni mengingatkan Spongebob kembali lagu Kasih Antara Kita yang juga pernah menjadi lagu tema untuk cerita Zati dan Mawas yang ditayangkan di TV3 slot Lagenda suatu ketika dulu. So jom kita layan lagu Kasih Antara Kita. Lirik dan Mp3 disediakan untuk pembaca.
Lirik lagu Zarina feat Adeep – Kasih Antara Kita (OST Seibu Kali Cinta)
Zarina:
Terciptanya kita terciptalah rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Tercipta episod penuh berwarna antara kau dan aku
Terasa segalanya sempurna tanpa cela
Lihat dari hati bukannya diri
Bagai puteri menanti putera kasih antara kita
Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita
Adeep:
Terciptanya kita terciptanya rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Terasa semuanya sementara sumpahan antara kita
Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta
Zarina:
Oh dugaan berdua tiada beza
Adeep:
Oh dari mana datangnya sentiasa
Zarina & Adeep:
Kabur tiada dapat kita menghalangnya
Zarina:
Kasih………………
Adeep & Zarina:
Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita
Terciptanya kita terciptalah rasa
tercipta cinta, tercipta rindu
Selamat bergembira..