Perempuan sombong? Ada orang kata perempuan sombong tu la mahal, ada kualiti dan bla bla bla. Yela, nanti kalau semua lelaki pun dia layan korang kata dia murah lak. Tapi ada satu kategori perempuan yang Spongebob pun tak faham sangat. Spongebob tak tau dia ni kategori sombong, perasan, berlagak atau semuanya sekali. Spongebob ada satu cerita kisah benar yang korang boleh nilai sendiri. Ceritanya bermula begini.
Pada suatu hari yang agak tenang sekitar pertengahan tahun 2009 dengan mood yang agak baik, Spongebob melangkah ke LRT Masjid Jamek. Spongebob bertemu dengan satu gadis yang agak cute dan nampak baik orangnya. Spongebob memberanikan diri menegur gadis kecil molek tu, dan bermulalah ceritan kami di sana. Tapi mungkin benar kata orang, pandangan mata kita selalu salah menilai. Orang yang Spongebob rasa boleh buat kawan akhirnya bertukar menjadi orang yang menyakitkan hati.
Pendekkan cerita, selepas pertemuan kami di sana, Spongebob ada berhubung dengan dia melalui telefon, sms, myspace dan beberapa medium lain yang gagal diingati. Sebagai kawan dan dalam usaha mengenali gadis ini dengan lebih baik, ada la jugak Spongebob ajak untuk bertemu, makan, lepak macam kawan Spongebob yang lain. Tapi sebab masa tu pengangkutan utama Spongebob pun hanya dua kaki yang dikurniakan tuhan yang pastinya tak selaju Mitsubishi Lancer, mungkin kurang menarik perhatian orang yang memandang menyukarkan lagi usaha tersebut. Tapi kami masih berhubung melalui segala teknologi yang ada.
Hubungan kami ni nak kata rapat sangat tu takdela. Mungkin 70-30% camtu. 70% daripada Spongebob, 30% daripada dia. Makna kata, kalau ada 10 sms tu, 7 daripada Spongebob, 3 daripada dia la. Tapi mungkin sifat semulajadi Spongebob, baik pada rakan, ada la jugak Spongebob tolong topupkan dia masa tu. Yela, dia tengah praktikal masa tu sebagai nurse kalau tak salah. Spongebob call dia, dia sebut tak ada kredit nak reply sms. Takkan la Spongebob sampai hati meninggalkan seorang kawan perempuan yang sedang praktikal tanpa ada kredit dalam phone dia. Nanti jadi apa-apa siapa susah. Spongebob jugak kan. haha.
Hubungan sebegitu berterusan sehingga satu ketika kami terputus hubungan. Tapi seingat Spongebob la kan, bukan Spongebob punca hubungan kami terputus. Salah satu faktor adalah si dia tukar nombor telefon diluar pengetahuan Spongebob. Tak salah masa tu nombor telefon dia, dia bagi kat adik or kawan dia. Berbekalkan nombor phone yang diberi kawan/adik dia tanpa dapat memastikan kesahihan nombor tersebut, Spongebob cuba menghubungi dia semula. Tapi rasanya masa tu takde sebarang respons. Tapi berdasarkan status MySpace dia, mungkin masa tu dalam hati dia mula berputik cinta kepada seorang lelaki yang telah lama dikenalinya dulu.
Dalam tempoh perkenalan Spongebob dengan dia, ada la Spongebob buat satu video lagu. Masa tu niat di hati nak meluahkan perasaan kalau dia sudi melalui video tersebut. Video tu gambar-gambar dia dengan lagu siap lirik lagi. Lagu yang terpilih ketika itu adalah lagu Lionel Richie tajuknya Hello. Mesti korang pernah dengar kan lagu ni. Kalau tak ingat yang mana satu, bawah ni video lagu Hello Lionel Richie
Video yang Spongebob buat tu tak boleh la nak tunjuk. Private kan. Video tu kalau tak salah Spongebob tak sempat nak tunjuk kat dia sebelum kami terputus hubungan. Jadi kini pada tahun 2013, takdir telah menemukan Spongebob dengan dia di Facebook. Maka di sini bermulanya satu kisah baru.
Spongebob tak tahu nak mulakan bagaimana. Pada saat itu, Spongebob teringat yang Spongebob ada satu video yang telah dihasilkan dengan titik peluh dan keringat spongebob sendiri. Spongebob rasa tak sesuai untuk dipaparkan di mana-mana sebab video tu ada gambar-gambar dia. Tapi gambar-gambar tu sebenarnya Spongebob rembat daripada MySpace gak. Dia yang upload, so secara rasionalnya sepatutnya memang dia tak kisah la kalau gambar tu dipergunakan. haha. Tapi sebab Spongebob baik, Spongebob takla saja-saja publish video tu kat Public. Tapi rasa rugi lak kalau tak bagi siapa-siapa tengok hasil usaha kita kan. Yela, korang buat penat-penat, takkan nak tonton sendiri je kan. Maka Spongebob message la kat dia, bagi dia unlisted link video youtube. So biarlah dia tengok kan. Dah memang video pasal dia pun. At least Spongebob berterus terang yang gambar-gambar dia dah digunakan untuk menghasilkan satu video.
Tapi malangnya respons dia sangat mengejutkan dan luar dari expectation Spongebob la. Tiba-tiba je kata jangan ganggu dia lagi. Tambah teruk lagi, lepas tu dia block Spongebob. Dah la block, lepas tu publish kat wall Facebook cakap macam gambar kat bawah ni.
Spongebob tak faham dengan dia ni. Spongebob gembira dan anggap dia macam kawan lama yang jumpa kembali je. Spongebob clearly sebut dalam message tu yang video tu created pada August 2009. Boleh tengok kat Youtube la video tu uploaded bila. Ada Spongebob cakap Spongebob masih cintakan dia? Ada Spongebob cakap Spongebob masih suka dia? Ada Spongebob rayu untuk cintakan Spongebob? Tinggalkan Boyfriend dia? Tinggalkan tunang dia? Dah tu yang loqlaq sangat tu pasai pa. Macam beruk sarkas kena sambal belacan je gayanya. Instead, lepas dia cakap yang dia dah jadi tunang orang, Spongebob tak reply apa-apa pun. Tiba-tiba nak marah la, konon tension la, entah apa-apa je. Over excited ke perasan pun tak tau la.
Baru macam tu dah tension? Patut la nurse-nurse Malaysia tak sebagus luar negara. Kurang daya tahan. Emo lebih. Lepas tu bajet nak report polis. Hello, kau tu hanis zalikha? wawa zainal? neelofa? Dah tu yang lebih-lebih sangat pasal apa. Mentang mentang la bapak dia polis pangkat tinggi, boleh la nak menyombong. Eh, kalau bapak Spongebob kontraktor, Spongebob dah suruh dah dia robohkan rumah kau la. Baik suruh polis tu buat kerja berfaedah sikit. Rumah Spongebob dua kali masuk pencuri, ada polis kesah? Datang, tengok-tengok lepas tu bla. Rugi ribu-ribu, polis bagi apa? Nak dapat barang tu balik memang tak la kan. Pencuri mat pet tu pun tak boleh nak tangkap. Sok lusa dia masuk lagi. Pindah rumah je senang. Mentang-mentang la Spongebob ni bukan kerabat sultan, kawan Najib, bukan anak cucu dia, dorang buat tak kesah je. Kalau Altantuya mati kena bom pandai pulak cari pembunuh. Sebab orang ternama kan. Tu belum cerita bila Spongebob call balai polis dekat rumah Spongebob pukul 5 pagi masa bulan puasa. Ada geng bawak parang depan rumah jiran Spongebob. Polis jawab call tu cakap semua polis tengah sahur. Lepas 40 minit baru sampai. Kalau orang tu serang, dah mati kena parang dah Spongebob ni. Haa.. kan tak pasal-pasal nurse dengan polis pun kena jadi tempat lepas geram. Maaf ye polis-polis dan nurse-nurse. Bukan semua, tapi kebanyakan je. haha
So kesimpulannya, takyah nak perasan sangat n takyah nak overreact sangat. Geli je Spongebob tengok. Nak sombong-sombong, berlagak pergi bulan sana. Orang macam ni, cincang-cincang bagi ikan paus makan je lagi bagus. Ni la masalah gadis-gadis yang dah terlalu dimanjakan. Semua dia cakap pun betul, semua dia cakap pun orang sokong. Tu yang jadi rosak tu. Eh, buah tu orang beli pasal nampak elok daripada luar tau. Kalau balik, tengok busuk dalam dia, orang buang gak la. Sebelum orang lain pun kena, baik Spongebob hentikan disini je.
p/s: Gambar atas sekali hanya perhiasan sementara dan milik seorang blogger. Beliau tiada kena mengena dalam cerita ini. Hakcipta Spongebob pelihara.
Bila Spongebob Tercekik Meluahkan Perasaan.
mungkin dia ada permasalahan yang tidak bisa ceritakan