Netflix Too-Close-for-Christmas 2020

[Netflix] Too Close For Christmas (2020)

Too Close For Christmas (2020) sebuah movie Christmas bertemakan percintaan. Kisah tentang watak heroin lakonan Jessica Lowndes yang menyambut Christmas tahun tersebut di rumah mertua kakaknya. Hero filem ini Chad Michael merupakan ahli keluarga mertua kakaknya yang pada mulanya tidak disukai oleh heroin berpunca dari kata-kata hero yang menjadi punca perpisahan antara heroin dan ex tunangnya dahulu. Konsep cerita cinta yang simple pada mulanya benci menjadi sayang setelah beberapa hari tinggal dirumah yang sama. Watak hero digambarkan dalam movie ini sebagai watak yang suka travel dan tidak menetap di satu tempat yang sama menjadi antara klimaks dalam cerita ini selain daripada scene scene yang menjurus kepada berputiknya cinta mereka.

Netflix Too Close For Christmas (2020)
Netflix Too Close For Christmas (2020)

Kategori Cerita Too Close for Christmas (2020)

Spongebob tak berapa ingat kalau ada babak babak tilam dalam movie ini, kalau ada pun maybe satu. Babak babak kiss ada beberapa. Tontonan ini tidak digalakkan untuk kanak kanak dan bukan sebuah movie keluarga. Walaupun ada mesej kekeluargaaan dalam movie ini, tapi ia tidak banyak. Spongebob kategorikan movie ini lebih kepada hiburan sebuah cerita cinta yang santai untuk memenuhi masa lapang. Antara cerita dalam kategori yang sama cerita cinta tetapi sedikit kelainan dari segi konsep, korang boleh tengok [Netflix] Antologi Rasa – An Anthology of Feelings [2019]

Kesimpulan Cerita Too Close For Christmas (2020)

Cinematography cerita ini mudah, maka view yang dipamerkan itu cantik tapi biasa. Jalan cerita yang memang boleh diduga dan tanpa sebarang plot twist. Movie ini memang untuk tengok santai santai, sweet sweet gitu layan perasaan and with that expectation, spongebob boleh bagi rate 7/10. Berikut link IMDB full list pelakon dan rating.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Notify me of followup comments via e-mail.

You can also subscribe without commenting.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.