Nice View 2022

[Netflix] Nice View (2022)

Nice View sebuah movie Chinese mengisahkan tentang dua beradik yang kematian ibunya. Mereka tinggal berdua, seorang abang yang berumur 20 tahun dan seorang adik yang masih kecil bersekolah. Malangnya si adik memerlukan rawatan pembedahan di hospital sebelum dia berumur 8 tahun atau tahap kesihatan si adik akan menjadi bahaya. Si abang mempunyai sebuah kedai membaiki telefon bimbit yang dinamakan Nice View. Walaubagaimanapun, hasil kedai tersebut tidak akan mampu menanggung kos perubatan si adik yang mencecah separuh juta. Maka si abang perlu mempertaruhkan apa yang ada mencari peluang, mengambil risiko, demi mendapatkan wang yang diperlukan untuk si adik comel seorang.

Netflix Nice View (2022)
Nice View (2022)

Kategori Cerita Nice View (2022)

Cerita Nice View ini adalah pengorbanan Si Abang melalui cabaran-cabaran yang diperlukan untuk beliau berjaya mengumpul wang tersebut. Cerita ini membawa banyak mesej mesej positif dan nilai nilai yang baik seperti kekeluargaan, pengorbanan, usaha yang berterusan, kasih sayang, setia kawan dan sebagainya. Ciri-ciri ini seperti ciri ciri yang ada pada Spongebob. haha. Movie Nice View ini memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat daripada kecil sehingga dewasa. Kalau nak tengok movie sesorang, tengok lah Antologi Rasa

Kesimpulan Cerita Nice View (2022)

Spongebob suka cerita ini. Jalan cerita yang tak membosankan, tak ada plot twist, most of the scene is something we can expect, cuma dia main dengan timing untuk you expect tu unexpected. haha. Tak banyak cinematic yang betul-betul cantik, but overall it’s a good movie. Kalau nak tengok list pelakon movie Nice View boleh tengok kat IMDB. Spongebob bagi 8/10.

Bila Spongebob Layan Netflix

One thought on “[Netflix] Nice View (2022)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Notify me of followup comments via e-mail.

You can also subscribe without commenting.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.