Antologi-Rasa

[Netflix] Antologi Rasa – An Anthology of Feelings [2019]

Antologi Rasa atau dalam Netflix in English tajuknya An Anthology of Feelings. Sebuah movie Indonesia pada tahun 2019 berkonsepkan kisah cinta tiga segi 4 sahabat. Basically cerita ini mengisahkan 4 sekawan yang mempunyai rasa cinta tak berbalas. Seorang suka dengan seorang tapi orang tu suka dengan yang lagi satu. Faham tak? Tak faham pun buat-buat faham je. Cinta 3 segi or cinta 4 penjuru. Bunyi complicated tapi cerita cinta ini agak santai sebenarnya.

Kategori An Anthology of Feelings

Kategori cerita ini spongebob kategorikan sebagai tidak sesuai untuk tontonan kanak – kanak. Tiada aksi 18sx yang melampau, tetapi ada beberapa scene berciuman, clubbing termasuk watak-watak muslim yang berciuman. Mungkin biasa di Indonesia, tetapi mungkin tidak di negara Islam lain. Maka unsur-unsur dalam cerita ini tidak membawa kepada unsur-unsur positif dan risau jika diikuti oleh golongan kanak kanak. Kalau korang cari cerita yang lebih sesuai untuk tontonan keluarga, boleh tengok cerita Nice View

An Anthology of Feelings
Antologi Rasa [2019]

Kesimpulan Antologi Rasa

Spongebob agak suka cerita ini. Dari segi cinematic, tak banyak yang wow, tapi still ok. An Anthology of Feelings ini memaparkan scene di dua negara iaitu Singapura dan Indonesia. Perjalanan cerita yang baik. Watak Keara lakonan Carissa Perusset memang best. Sebab dia cun 😉 Kalau nak tengok full list pelakon boleh usha IMDB. Cerita ini boleh layan santai-santai di waktu malam. Happy ending or sad ending kena la tengok sendiri kan. Kisah cinta tak berbalas ni memang Spongebob suka. Untuk kategori cerita cinta Spongebob bagi 7.5/10

Bila Spongebob layan Netflix.

One thought on “[Netflix] Antologi Rasa – An Anthology of Feelings [2019]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.