altimet awi rafael kalau aku kaya

Kalau Aku Kaya

altimet awi rafael kalau aku kaya

Kalau aku kaya, luahan hati altimet dan awi rafael. Lirik Lagu Altimet feat Awi Rafael Kalau Aku Kaya seperti tajuknya, mengisahkan tentang rasa hati, impian dan keinginan kalau altimet dan awi rafael kaya. Lirik lagu yang simple, mudah difahami tapi ada unsur humor atau kelakar. Rentak lagu Kalau Aku Kaya pada Spongebob agak biasa dalam kategori tersebut.

First time Spongebob dengar lagu Kalau Aku Kaya dalam radio Spongebob rasa tiada apa yang menarik dengan lagu ni. Tapi setelah dihayati lirik lagu Kalau Aku Kaya ni dan berkumandang beberapa kali rentak lagu ni di gegendang telinga Spongebob, Spongebob boleh menerima lagu ni dalam hidup Spongebob. Malah, Spongebob rasa lagu Kalau Aku Kaya ni mampu berdiri setanding dengan lagu rap yang lain dan dimasukkan dalam senarai lagu terbaik yang ada di atas muka bumi ini.

Tapi kan, kalau korang kaya korang nak watpe? Altimet dan Awi Rafael tu memang dah kaya dah. Cukup kaya kot kalau setakat nak bayar bil jirang dorang tu takde rasa apa kot. Kalau jiran dia duk rumah flat celah gigi je nak bayar. Tapi kalau jirang dia duk banglo, termenung gak tu rasanya. Tapi nak gajikan Schumacher dari driver tu mungkin masih belum mampu kot.

Bila difikir-fikir, Kalau Spongebob kaya, pertama sekali mungkin boleh beranikan diri masuk meminang Neelofa kot. Tapi Juliana Evans pun cantik gak. Dua-dua sekali la. aha. Fuhh.. Tengok. Belum kaya da tamak. aha. Mana tau jadi betul kan. Melopong si zizan tu tengok Spongebob berbinikan Neelofa dan Juliana Evans. Ok. fine. Mungkin tinggi sangat cita-cita dan harapan tu. Hanis Zalikha pun boleh la. Dulu masa Hanis Zalikha hanya blogger dan model, Spongebob yakin sikit nak ngorat Hanis Zalikha ni. Tapi sejak dia dah berubah profession menjadi pelakon, pengacara atau selebriti ni, Spongebob rasa rendah diri la.

Ok.. jauh tersasar da ni. Apa pun, Kalau aku kaya, kalau spongebob kaya, kalau kita kaya, jangan asik dongak ke langit. Pandanglah ke bawah. Ingat orang lain. Dalam harta kita, ingat ada hak orang lain didalamnya. Kadang-kadang kita ni kalau bercerita pasal Kalau, memang macam-macam. Tapi bila dapat apa yang kita inginkan, semua niat yang suci murni tu hilang terkubur macam tu je. Yang kita ingat hanya diri kita. haha.. Termasuklah Spongebob yang berkata-kata ni. Sama je. Ingatan tulus ikhlas dari Spongebob, Hanis Zalikha dan keluarga.

Balik kepada tajuk asal, Spongebob sebenarnya just nak share lirik lagu Kalau Aku Kaya Altimet feat Awi Rafael. Link download Mp3 Kalau Aku Kaya pun Spongebob sediakan sekali. Macam biasa.  So jom layan lagu Altimet ft Awi Rafael Kalau Aku Kaya. Oh. Spongebob pun sediakan Official video klip Altimet feat Awi Rafael Kalau Aku Kaya disedut khas dari Youtube. Menarik jugak video lagu Kalau Aku Kaya ni. Video klip siap ada lirik lagu lagi. So, Enjoy..

Lirik Altimet feat Awi Rafael – Kalau Aku Kaya

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

[Awi Rafael]
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

[Awi Rafael]
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)

Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

Bila Spongebob Tercekik Menyanyi

2 thoughts on “Kalau Aku Kaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Notify me of followup comments via e-mail.

You can also subscribe without commenting.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.