GX4 - Kerana Kasihmu

GX4 – Kerana Kasihmu (OST Vanila Coklat)

GX4 - Kerana Kasihmu

Yesss. Lagu Kerana Kasihmu nyanyian GX4 ni salah satu lagu yang Spongebob Tercekik suka dan rasa antara lagu yang terbaik yang ada dalam OST Vanila Coklat. Lagu Kerana Kasihmu ni memang best. Rugi kalau korang tak dengar. Lirik lagu Kerana Kasihmu ni pun membawa makna yang sangat romantik. Ni kalau korang nak usha gegurl korang memang boleh cair gak la. Lagi-lagi kalau korang nyanyi sendiri. Cuma make sure suara korang tu ada macam ahli GX4 ni la. Kalau tak sedap tu, bagi mp3 Kerana Kasihmu ni pun jadi la.

GX4 ni atau name penuh nya Generasi X-4 adalah gabungan kumpulan Shades, Kool, Nico dan AtoZ. Ni semua otai-otai R&B, Dance Pop, Ethnic Pop Fusion dan rentak-rentak sewaktu dengannnya la. Zaman-zaman 60-an, 70-an tu dulu. Kalau orang lama ni nyanyi memang lirik lagunya berisi. Kena pulak rentak lagu yang memang sedap, memang syok la dengar. Sebenarnya lagu Kerana Kasihmu ni Spongebob first dengar pun masa cerita Vanila Coklat tu. Terus je Spongebob terpikat. Pandai Tv3 cari lagu untuk OST cerita Vanila Coklat ni. Jom kita layan sama-sama lirik Kerana Kasihmu GX4. Mp3 Kerana Kasihmu untuk korang download pun Spongebob Tercekik sediakan. Layan jom..

Lirik GX4 – Kerana Kasihmu (OST Vanila Coklat)

Terkadang bicara hati mula berbisik
Kehadiranmu anugerah yang terindah
Mengapa rindu ini semakin hebat ku rasakan
Sekalung cinta mu takkan ku persia

Andai dapat ku genggam erat jari-jemarimu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapanku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terima diri ku seadanya

Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untukmu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku

Roda berputar laju
Ku merindu pada mu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaianmu dan manjamu kasihku

Ku merindu padamu
Setiap saat waktu
Ku merindu belaianmu dan manjamu kasihku

Terlebih rindu. Terlebih manja
Terlebih sayang kepadamu
Bagaikan dunia jadi milik kita
Selama-lamanya

Semusim telah berlalu menggamit jiwaku
Di saat kuperlukan wajahmu menjelma
Andai sedetik saat ku hidup tanpa dirimu kasih
Tak terdaya ku meluahkannya

Andai dapat ku genggam erat jari-jemarimu
Mengharungi nista hidup yang penuh berliku
Harapanku kau mengerti dan cuba memujuk hati
Terimalah diri ku seadanya

Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untukmu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku

Cahaya pesona kasihku terindah untukmu
Terukir di hati hanya untukmu
Sambutlah tangan bawa ku terbang ke awan biru
Dengarlah kasihku
Dengarlah sayangku

Sayang dengarkanlah secebis ukiran buatmu
Harap kau terima cintaku seadanya

Spider – Tapi Bagaimana (OST Vanila Coklat)

Astrid – Tentang Rasa (OST Vanila Coklat)

Geisha – Kenangan Hidupku (OST Vanila Coklat)

Geisha – Cukup Tak Lagi (OST Vanila Coklat)

Geisha – Cinta dan Benci (OST Vanila Coklat)

Ernie Zakri – Rindu Bukan Teman (OST Vanila Coklat)

6ixth Sense feat Saujana – Penerang Hati (OST Vanila Coklat)

3 thoughts on “GX4 – Kerana Kasihmu (OST Vanila Coklat)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Notify me of followup comments via e-mail.

You can also subscribe without commenting.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.