Tadi tengah hari Spongebob pergi Wangsa Walk. Rasa nak lunch tadi nampak Grellas Wangsa Maju. So i give it a try. Location restaurant Grellas ni dekat dengan Bank Islam Wangsa Maju. Parking memang macam haram la area situ. Parking Wangsa Walk senang. Korang boleh jalan kaki pegi sana.
So since sesorang, spongebob try pasta Grilled Lamb Carbonara. Harganya RM23.90. Dekat sini mostly main dishes burger, steak and pasta. Pasta not many choices. Ada spaghetti (i think dia buat macam bolognese. tanya je) and carbonara. tapi ada chicken / lamb / beef camtu. So Grilled Lamb Carbonara dia memang sedap dengan bantuan serbuk cili (saya memang mesti ada rasa pedas sikit). Lamb dia memang juicy and banyak. Bukan setakat hiasan je. Memang cukup banyak dengan pasta nya. Rasa pasta nya memang baik tapi harganya ada sikit extreme. Boleh la kot bila gaji. huhu
So air Spongebob ambik mango je. Harganya RM4.9. Harga air kat sini pun pada Spongebob extreme sikit la. Kalau kurangkan sikit harga air much better. Level2 fine dining je harganya.
So total sorang makan RM31.7. Overall memuaskan cuma harga bukan utk daily meal la. haha.