Gangnam style haram satu lagi isu yang dibangkitkan ketika ini. Gangnam Style yang berasal dari Korea menjadi satu ikutan ramai baru baru ini. Kira macam jadi satu fenomena baru jugak la kan. Biasa la benda baru, nampak menyeronokkan, orang pun ikut la. Dah macam poco-poco jadinya Gangnam Style ni. Tapi ada satu wall post di Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) seperti seolah-olah menyatakan bahawa Gangnam Style itu haram diikuti. Maka blogger-blogger yang berjari pantas dengan lajunya mengetengahkan perkara ini.
Tapi betul ke Gangnam Style haram?
Kalau korang jahil sangat Gangnam Style pun tak tau apa, kita tengok dulu apa itu Gangnam Style. Bawah ni video youtube PSY Gangnam Style
Lepas tu kita tengok pulak apa kata Ustaz Azhar Idrus.
Kalau diteliti betul-betul tiada satu pun perkataan haram yang digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus. Cuma Ustaz Azhar Idrus ada sebut ayat “tidak diredhai oleh Allah dan Rasulullah”. So mungkin secara mudahnya untuk orang katakan kira haram la tu kot.
Pendapat Spongebob secara peribadi, hadis yang diketengahkan oleh Ustaz Azhar Idrus tu betul dan biasa digunakan. Memang sahih la.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebeum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Para sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi s.a.w menjawab,”Siapa lagi kalau bukan mereka?” – Hadith Riwayat Muslim
Cuma pada Spongebob, tidak lah tarian Gangnam Style secara spesifik dianggap haram. Maksudnya tarian itu haram disebabkan macam cara tarian atau bentuk gerakan tarian itu yang menyerupai sesuatu. Hadis ni boleh digunakan secara umum. Maksudnya bukan lah tarian korea tu. Video klip lagu kat Malaysia ni pun ada sesetengah tu bercampur gaul jugak lelaki dan perempuan. Pada Spongebob tu pun dah kira haram kan.
So kalau tanya Spongebob, Spongebob tak kata tarian Gangnam Style itu haram. Cuba tengok video cute youtube satu keluarga ni Suasana Gangnam Raya oleh Anak Cucu Tok Haroon. Gangnam Style start pada minit ke 1.42.
So baik-baik la. Kalau kata tarian Gangnam Style tu haram, seolah-olah kita buat kat mana-mana pun jadi haram. Lain tu maksudnya. Nanti tak pasal-pasal anak cucu tok haroon kena bawak turun video dorang tu. Kalau Spongebob nak joget Gangnam Style tu dalam toilet takkan tu pun jadi haram. Tapi kalau tarian melayu pun dah yang geleknya perempuan depan orang ramai, itu kan dah jadi haram.
Spongebob sebut perkara ni takut orang ramai tersalah anggap. Yela. Orang kita ni suka baca tajuk je. Sesetengah orang pun main sebat je simplify terus jadi haram. Tarian itu sendiri haram atau orang dan tempat tu menjadikan ia haram? Renung-renungkan.
P/S: Spongebob bukan pandai sangat agama. Apa yang disebutkan disini hanya idea dan logik yang patut kita fikirkan dan renungkan bersama berbekalkan ilmu agama yang sekangkang kera. Sebarang khilaf dalam penulisan, harap dimaafkan.
Bila Spongebob Tercekik Bercerita.
masuk lubang biawak pun tak haram tapi nak buat jugak ke? sama2lah kita fahami hadis tersebut tanpa memikirkan macamana nak jadikan gangnam style ni boleh dilakukan dan diketengahkan supaya tak dilabel sebagai haram. kan lebih baik jangan terikut2 gangnam style dan sebarang jenis style2 yang mengarut tanpa berdolak dalik..
p/s: Rojak takde ilmu
pada spongebob tak wajar untuk kaitkan lubang biawak. sebab ia satu perumpamaan dan lubang biawak bukan satu isu samada ia haram atau tidak. sebab panjang cerita kalau nak pertikai lubang biawak tu haram atau tidak.
kalau ikutkan hadis tu, dengan jelas disebut yahudi dan nasrani. adakah bermakna kita boleh ikut satu2 style tu kalau dicipta oleh orang melayu atau islam? Jadi harap tidak tafsir hadis secara direct camtu.
Maksud Spongebob, spongebob rasa isu ni tak perlu diperbesarkan. Kalau itu tak boleh, ini tak boleh, maka jadinya orang akan anggap islam adalah agama yang sangat sempit. mungkin gangnam style tu kurang berfaedah. tapi selagi mana ia tak menyalahi islam, kenapa senang-senang kita nak jatuhkan haram? berat hukum haram tu. contoh baik macam dalam video gangnam raya tu, mereka berseronok satu keluarga dengan gaya gangnam pada masa sama dapat mengeratkan silaturrahim. faedah dan manfaat tu.
Tarian kuda nih dh lama popular kat malaysia..org pggil kuda kepang..cuma x popular kat youtube jer sblm nih..haha
isu hangat nih.. mai oppa gangnam islamic style , hihi
rasanya benda ni x elok ni pon, buat ape nak ikut
Pendapat Spongebob senang cerita macam ni.
Tengok doraemon tu pun tak elok (tak faedah). tapi kita tengok jugak. Ada orang kata saja suka-suka hiburkan hati.
Jadi macam tu jugak dengan gangnam style. Ada orang ikut untuk suka-suka. jadi macam tarian untuk senaman. macam poco-poco.
Sekalipun dari mana asalnya, spongebob tak suka negatif sangat. selagi mana perbuatan tersebut tidak melampau dan mendatangkan dosa (haram), maka terpulang pada masing2.
Kalau kita boleh terima taekwondo, karate sebagai seni pertahankan diri, kenapa tak anggap gangnam style sebagai satu seni tarian?
Itu pendapat Spongebob Tercekik. Terpulang..
memang lagi hot nih tentang gangnam style…
fikir camni je la.. GANGNAM STYLE menjadi haram bila dilakukan campur lelaki dan prempuan sbb kemungkinan masa tu prempuan @ lelaki tak tutup aurat (kan haram tu..). lagi nak publish kan laman sosial (lagi ramai org tgk aurat tu) bayangkan kalo perempuan dah buat GANGNAM mcmmana? ade ke yang nak tutup aurat sepenuhnya?? kalo sesama prempuan tanpa dilihat kaum lelaki (bukan muhrim) takpe sekadar suka2 selagi ia tidak melalaikan untuk mendahulukan suruhan Allah SWT (sembahyang etc…)
tu pendapat saya la..
Gangnam tu kalau diingat sebagai tarian untuk exercise aerobik, boleh kot. Tapi jangan campur lelaki perempuan dan pakaian kena tutup aurat. Tapi tengok makna lirik jugak la, kalau tak tau, baik jangan.