About

Spongebob Tercekik, Bila Spongebob Menyanyi dan Bercerita Tentang Roller Coaster Kehidupan adalah sebuah website atau blog yang lebih berkonsepkan santai dan hiburan bagi menghilangkan tekanan atau stress. Oleh itu, Spongebob Tercekik mengandungi lagu-lagu yang menarik dan cerita yang menghiburkan. Apa yang membezakan Spongebob Tercekik dari webiste lain, setiap lagu dan cerita yang Spongebob Tercekik kongsi adalah lagu dan cerita yang sememangnya terjaga mutu atau kualiti. Dalam erti kata lain, hanya yang best dan terbaik sahaja, Spongebob Tercekik akan kongsi bersama dengan pembaca.

Walaupun Spongebob Tercekik berkonsepkan sedemikian, Spongebob Tercekik tetap mempunyai matlamat untuk membawa cerita yang dapat membawa anda berfikir dengan lebih jauh untuk dikongsi. Sambil-sambil lepak dan santai, kita berkongsi idea dan pandangan. Orang kata, bila kita tenang minda dan jiwa, kita dapat membuka fikiran kita untuk menilai seusatu dengan lebih baik dan membuat keputusan yang terbaik untuk diri kita. Begitulah hasrat Spongebob Tercekik, memberikan keceriaan kepada pembaca, hilangkan tekanan di jiwa, dan membawa suatu cerita untuk difikirkan bersama.

Mungkin ada yang bertanya siapa Spongebob Tercekik. Biarlah ia menjadi rahsia. Spongebob Tercekik lebih suka merahsiakan identiti Spongebob Tercekik dari pengetahuan umum. Cukuplah dikenali dengan Spongebob Tercekik.

Jika ada salah dan silap, terkasar bahasa di dalam blog ini, Spongebob Tercekik memohon maaf terlebih dahulu. Spongebob Tercekik tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati sesiapa, jauh sekali menjatuhkan mana-mana pihak.

Sekian. Salam dari Spongebob Tercekik.

Bila Spongebob Menyanyi dan Bercerita Tentang Roller Coaster Kehidupan.