yana samsudin pilu

OST Cerita Kita memilih Lagu Pilu nyanyian Yana Samsudin. Daripada movie Cerita Kita arahan Pierre Andre lakonan Yana Samsudin, Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan ni la Spongebob terus tertarik dengan lagu Pilu. Ada dua sebab. Pertama sebab Spongebob rasa lagu Yana Samsudin Pilu ni memang sesuai dengan Cerita Kita. Sebab kedua adalah Yana Samsudin sangat comel. Kan kan kan. Cute kan Yana Samsudin.

Spongebob rasa macam pernah dengar lagu Pilu nyanyian Yana Samsudin kat radio. Tapi tak pasti sangat macam mana Spongebob boleh terlepas pandang lagu sesedap Pilu ni. Sedih lirik lagu Pilu ni. Betul betul betul. Kalau korang tengok movie Cerita Kita ni mungkin akan menambahkan kesedihan lagu ni. aha. Cerita Cerita Kita ni memang diakui agak boring gak sebab jalan ceritanya agak perlahan dan lembap. Tapi boleh la. Boleh menimbulkan rasa kesian dan pilu sikit. Tambah menarik ada Yana Samsudin. Yana kot.. Comel camtu mesti la tambah seri cerita kan.

Dalam movie Cerita Kita tu ada lagu Pilu versi lelaki. Tak salah Spongebob nyanyian pelakon lelaki  Cerita Kira tu sendiri. Tapi yang Spongebob jumpa lagu kat internet versi lelaki tu tak ada yang full. Yang versi Yana Samsudin pun ada banyak versi. Berbeza sikit panjang rentak masa start dengan end lagu tu. Spongebob pun confuse. Download sampai empat lagu Pilu. Semua panjang lagu tu lain-lain. Anyway, Spongebob share lagu Pilu versi terbaik yang Spongebob ada. Ok. Lirik lagu Pilu Yana Samsudin Spongebob sediakan kat bawah sekali dengan link download mp3 lagu Yana Samsudin Pilu. Jom layan sesama.  Fuhh.. susah betul terpaksa sebut movie. Kenapa la tajuk cerita ni mula dengan cerita. Cerita Cerita Kita. Pening den.

 

Lirik Yana Samsudin – Pilu

Bisikan cinta bermain dalam jiwa yang mati
Disini aku mencurai air mata yang sepi
Tiada ku sangka kau kan pergi
Membawa segala yang dijanji
Tinggalku menanti dalam relung abadi

Berat bagiku untukku melupakan dirimu
Ku susun doa agar dapat kau rasa cintaku
Mengapa sukar tuk kau fahami
Biar pun segala yang terjadi
Kasih tak pernah ku khianati hingga mati

Kisah cinta sedih
Kasih yang tak kembali
Aku tak mampu meredah kedinginan hatiku

Biar siang malam berganti
Biar luka tak terhenti
Hati tetap setia merindu

Cinta yang tak ku kesali
Sampai akhir ku kenangi
Terperuk dihati menunggu

Waktu berlalu tapi aku tetap disini
Masih berharap suatu saat kau akan kembali
Mentari pagi bersinar lagi
Menerangi gelapnya dihati
Cinta kan menghapus air mata di pipi

Kisah cinta sedih
Kasih yang tak kembali
Aku tak mampu meredah kedinginan hatiku

Biar siang malam berganti
Biar luka tak terhenti
Hati tetap setia merindu

Cinta yang tak kukesasali
Sampai akhir kukenangi
Terperuk dihati menunggu
Pilu

 

Link Download Mp3 Yana Samsudin – Pilu

Link Mediafire: Yana Samsudin – Pilu

 

Bila Spongebob Tercekik Menyanyi