Wawa zainal dah kahwin? Itulah cerita yang heboh diperkatakan dalam beberapa minggu ini. Spongebob sebenarnya kurang minat nak ambik tau hal-hal artis dan selebriti ni. Kehidupan mereka jauh berbeza dengan insan seperti Spongebob ni. Tapi berita Wawa Zainal berkahwin dengan Aeril Zafrel memang tidak dapat diketepikan oleh Spongebob. Hancur luluh jiwa spongebob dan jiwa jejaka-jejaka di luar sana bila mendengar berita tentang Wawa Zainal dengan Aeril Zafrel ini. Maklum sajalah, Wawa Zainal memang gadis idaman Spongebob buat sekian lamanya. Tiba-tiba sahaja Aeril Zafrel merampas Wawa Zainal dari kehidupan Spongebob. Fuuhh.. statement.. Ikut sedap rasa je. Tapi itulah hakikatnya yang telah dipastikan dan disahkan sendiri oleh Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Sampai da keluar baby da pun masih mereka nak merahsiakan perkahwinan mereka.

 

Wawa Zainal nikah Aeril Zafrel

 

Rileks brother. Berani buat berani tanggung la. hehe. Ala, nak kawin gentleman sikit. Takyah nak berahsia sangat. Terus terang je. Semua orang pun bekerja, kadang-kadang memang kena mengadap dengan boss besar nak explain kesilapan atau keinginan kita. Memang kena marah, tapi dalam banyak perkara, menipu bukan caranya. Satu penipuan akan menyebabkan banyak lagi penipuan untuk cover penipuan yang pertama tu.  Ala.. David Teo je pun.. haha..  Tapi bila pikir balik betul gak apa yang diperkatakan David Teo tu. Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup dewasa dan yakin dengan keputusan kita. Bukan apa, keputusan yang kita ambil tanpa nasihat orang yang lebih berpengalaman dalam bidang kita, takut satu hari membawa penyesalan di kemudian hari. Anyway, benda dah berlaku, kita harap yang terbaik untuk mereka. Oh ye. bawah ni gambar baby Wawa Zainal.

 

baby wawa zainal

 

Beruntungnya Wanita Bila Lelaki Boleh Kahwin Empat

Anyway, benda dah berlaku. Balik kepada tajuk cerita beruntungnya wanita lelaki boleh kahwin empat. Ramai wanita yang rasa malang atau tak bernasib baik bila lelaki boleh kawin empat. Taknak bermadu walaupun payung emas di akhirat yang dijanjikan tuhan. Tapi sebenarnya di dunia ini, ada manfaat yang memihak kepada wanita hasil daripada kebolehan lelaki menikahi empat wanita ni.

 

Kenapa Untung?

Untungnya wanita lelaki kahwin empat. Dari satu sudut, sebenarnya wanita tu beruntung bila lelaki boleh kahwin empat. Kata la seorang wanita suka atau jatuh cinta dengan seorang lelaki. Maka si wanita tadi boleh la menggoda lelaki tersebut menjadi kekasih hatinya. Kalau lelaki tersebut telah mempunyai isteri, tidak mengapa. Lelaki kan boleh kahwin empat. Kan beruntung wanita tu. Pendek kata wanita boleh memilih mana-mana lelaki yang mereka jumpa selagi mana lelaki tersebut masih mempunyai kuota. Ala, berapa ramai sangat la lelaki kawin empat kat Malaysia ni. Senang cerita, mana lelaki yang dia jumpa, dia boleh goda dan boleh memiliki lelaki tersebut.

 

Malangnya lelaki kerana wanita tak boleh kahwin empat. Sebagai contoh tengok bila Wawa Zainal kahwin dengan Aeril Zafrel. Apa yang lelaki lain boleh buat? Nak suruh Wawa Zainal menduakan Aeril Zafrel? Mana boleh. Perempuan boleh kahwin satu je pada satu masa. So, duk termenung je la lelaki-lelaki macam saya. Nak runtuhkan rumah tangga berdosa besar tu.

 

Hasil daripada situasi ini, sebenarnya menguntungkan golongan wanita. Sebagai contoh, katalah Aeril Zafrel kahwin lagi satu dengan Neelofa. Wawa Zainal mungkin pada masa tu akan berasa kecewa. Tapi ada dua orang yang bahagia ketika itu iaitu Neelofa dan Aeril Zafrel pastinya. Begitulah seterusnya sehingga perkahwinan dengan isteri keempat yang akan menguntungkan 4 orang dimana 3 orang daripadanya wanita dan mungkin mengecewakan hanya seorang wanita. Kan.. do the math..

 

untungnya perempuan lelaki kahwin empat

 

Ekonomi

Dari sudut pandangan ekonomi, ini merugikan pihak lelaki. Hal ini kerana walaupun bilangan perempuan lebih tinggi dari lelaki, tapi bila lelaki boleh kahwin empat, itu bermakna jumlah lelaki dan perempuan bagi mewujudkan bilangan yang stabil adalah 1:4. Bermakana bilangan perempuan mestilah 4 kali ganda daripada lelaki barulah wujudnya ekonomi perkahwinan yang sama rata. Katalah buat masa ni bilangan wanita hanya 2 kali ganda melebihi lelaki, bermakna ada lebihan keluaran lelaki daripada demand.

 

Engineering

Tak faham? Simple math. Ada 10 lelaki boleh kahwin empat bersamaan 40 slot. Itulah jumlah wanita yang diperlukan bagi memenuhi keseimbangan. Kenapa kira macam semua lelaki kena kahwin empat? It’s Engineering. Kita akan calculate worst case scenario. Haha. Maklumlah, perempuan zaman sekarang semua nak lelaki yang stabil (kaya), berapa ramai la lelaki muda single yang baru mulakan kehidupan ni nak ada pendapatan yang mencukupi untuk keluarga, kereta dan rumah. Tau la harga rumah sekarang. Ada kereta pun dah kira kaya. Aeril Zafrel lain la. Tu golongan artis dan selebriti. Geng-geng KRU yang ‘teraniaya’ dek cetak rompak sehinggakan begitu miskin. Mampu guna Lamborghini Gallardo je  kot.. haha.. Orang lain nak pakai iswara pun seksa bro.

 

Tukar cerita Wawa Zainal dengan Aeril Zafrel lak. So sebagai lelaki, memang kita tak boleh berbuat apa-apa. Wawa Zainal dah pun bernikah dengan Aeril Zafrel. Satu satunya perkara yang boleh kita lakukan ialah ikut jejak langkah Irwansyah. Kata Irwansyah, Kutunggu Jandamu. haha. Jom layan official video youtube Irwansyah Kutunggu Jandamu dengan lirik lagu Irwansyah Kutunggu Jandamu kat bawah ni.

 

 

Lirik Irwansyah – Kutunggu Jandamu

Kamu aku cocok
Sejak dulu sudah bersama
Boleh di bilang berpacaran
Berdua kita serasi

Tapi kini lain
Kau malah berpaling dariku
Dan berjanji dengan yang lain
Aku ini kau campakkan

Namun cintaku tak bisa
Begitu saja menerima
Kenyataan kau pergi dariku
Aku masih tetap cinta

Lalu kuputuskan kutunggu jandamu

Kutunggu jandamu
Maaf bila ku menyumpahi
Saking aku cinta padamu
Kau jandapun aku mau

Namun cintaku tak bisa
Begitu saja menerima
Kenyataan kau pergi dariku
Aku masih tetap cinta

Lalu kuputuskan
Kuputuskan kutunggu jandamu

Kutunggu jandamu
Maaf bila ku menyumpahi
Saking aku cinta padamu
Kau jandapun aku mau

Namun cintaku tak bisa
Begitu saja menerima
Kenyataan kau pergi dariku
Aku masih tetap cinta

Lalu kuputuskan kutunggu jandamu

Tak bisa terima kau pergi dariku
Aku masih tetap cinta
Lalu kuputuskan kutunggu jandamu

 

Kau jandapun aku mau.. fuhh.. ganas Irwansyah ni. Tapi takpelah. Wawa Zainal bukan jodoh Spongebob kot. Rileks Spongebob. Neelofa dengan Emma Maembong ada lagi.. Yeahh.. That’s the spirit.

 

Bila Spongebob Tercekik Bercinta