Tutti Frutti

Tutti Frutti Halal atau Tidak?

Tutti Frutti

Isu kali ini adalah halal ke Tutti Frutti tu? Korang tau tak tutti frutti tu apa? Jahil benar kalau korang tak tau. Tutti Frutti tu terkenal sekarang ni kat Malaysia. Tutti Frutti ni kedai makan aiskrim atau Frozen Yogurt mengikut kata Tutti Frutti sendiri. Lebih kurang macam Baskin Robbins camtu. Tempat orang jual ais krim mahal-mahal. Harga Tutti Frutti ni bukan macam korang beli ais krim Malaysia atau kat pak cik naik motor park belakang sekolah tu, harga semangkuk aiskrim tu kalau beli nasi goreng kampung boleh la dapat 6,7 pinggan. Tapi sebab kat Malaysia ni ramai sangat orang kaya, duit banyak-banyak pun tak tau nak watpe, so makan la aiskrim camtu. Hehe. Yela. Sekali sekala takpe kot nak bazirkan duit untuk perut sendiri dan perut awek tercinta.

Ok. so balik kepada topik asal halal haram Tutti Frutti. Sebab setiap barang yang kita beli tu ada kemungkinan diletakkan benda-benda yang haram. Makanan macam ais krim ni memang tak payah cerita la. Memang besar kemungkinan ada gelatin atau alkohol. Pendekkan cerita, Spongebob Tercekik nampak ramai orang Islam keluar masuk kedai Tutti Frutti tu. So, Spongebob Tercekik tercari-cari gak tanda halal yang ditampal kat kedai Tutti Frutti tu. Tak nampak la pulak. Jadi Spongebob Tercekik sangat pelik sebab orang-orang Islam ni boleh makan kat Tutti Frutti tu dengan yakinnya tanpa sebarang syak. Sampai Spongebob tengok drama kat Tv3 tu pun ada scene makan kat Tutti Frutti. Spongebob Tercekik nampak kawan Spongebob makan kat Tutti Frutti, so Spongebob tanya la dengan slumbernya dapat halal ke Tutti Frutti ni? Kawan Spongebob Tercekik jawab, “tah, adik aku nak makan, ak follow je”. Boleh lak macam tu? Makanan yang haram masuk dalam perut kita, jadi darah daging, amal ibadat tak diterima 40 hari sape nak jawab? Tak ke susah tu. Spongebob Tercekik bukanlah pandai sangat agama, banyak gak dosa, tapi pasal banyak dosa la kalau dah tak terima ibadat 40 hari, celah mana nak dapat pahala?

 

Spongebob Tercekik pun mulakan operasi search Google isu halal haram Tutti Frutti ni. Spongebob Tercekik mulakan dengan pencarian di Direktori Halal JAKIM. Kedai Tutti Frutti ni memang tak dapat pengesahan JAKIM. So Spongebob Tercekik terus melakukan pencarian dan akhirnya Spongebob Tercekik jumpa kat info Facebook Tutti Frutti TTDI dan Tutti Frutti Kubang Kerian cakap camni:

 

Tutti Frutti Products have been certified by Islamic Services of America (ISA) which the body been recognised by JAKIM as per in JAKIM website. Our application for JAKIM certification is currently being process by JAKIM.

Tutti Frutti Halal atau Haram

 

Ok. Tutti Frutti TTDI dengan Tutti Frutti Kubang Kerian ayat dia sama je. Spongebob Tercekik rasa ayat tu memang copy paste. So, mana-mana Facebook Tutti Frutti pun sama je kot. Tapi ayat tu ayat orang tulis kat Facebook je. Sape-sape pun boleh mengaku camtu. Spongebob Tercekik simpulkan 3 perkara dari ayat di atas.

 

1. Islamic Services of America (ISA) adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM

Isu: Takde masalah. Spongebob confirmkan sendiri dengan list badan yang diiktiraf oleh JAKIM (update 1 Januari 2012) yang Islamic Services of America (ISA) memang ada dalam list JAKIM.

Tutti Frutti Halal atau Haram

 

2. Tutti Frutti diiktiraf oleh Islamic Services of America (ISA) ?

Isu: Spongebob Tercekik bukak website Islamic Services of America tak jumpa Direktori Halal dorang. So, Spongebob Tercekik tak boleh nak confirmkan Tutti Frutti ni memang diiktiraf  Islamic Services of America atau tidak. Website Tutti Frutti Malaysia dan  Website Tutti Frutti yang international pun Spongebob Tercekik tak nampak dorang letak gambar certificate halal daripada Islamic Services of America. Jadi siapa yang boleh confirmkan Tutti Frutti ni dapat halal daripada Islamic Services of America (ISA)?

 

3. Tutti Frutti sedang dalam proses mendapat halal daripada JAKIM ?

Isu: Yang ni pun Spongebob Tercekik tak dapat nak confirmkan. Sebab JAKIM ada direktori yang sah dapat halal je. Takde pulak Direktori untuk tengok siapa yang dalam proses dapat hahal. So, Spongebob Tercekik rasa mungkin ini salah satu perkara yang JAKIM perlu sediakan supaya pengguna dapat menilai ketelusan dan kejujuran syarikat-syarikat ni.

 

Disclaimer:

Spongebob Tercekik harap tiada pihak yang salah faham niat Spongebob Tercekik. Bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak atau menghalang korang makan Tutti Frutti, terus terang kalau Tutti Frutti ni dapat halal, Spongebob Tercekik berlari pergi kedai Tutti Frutti tu.

Spongebob Tercekik just nak share apa yang terjadi dalam usaha Spongebob Tercekik cuba mencari kebenaran halal haram Tutti Frutti ni supaya semua pihak dapat pengajaran.

 

Pengajaran:

Tutti Frutti – Kalau betul dapat halal daripada Islamic Services of America (ISA), tulis la kat website jelas-jelas lepas tu upload gambar certificate tu. Bukan susah sangat pun. Setakat tulis kat FB siapa nak percaya? Oh, korang percaya.

JAKIM – Mungkin boleh sediakan direktori bagi syarikat yang sedang dalam proses mendapat pengesahan Halal. So kalau pengguna nampak syarikat tu dapat Halal daripada badan lain yang diiktiraf JAKIM dan dalam proses dapat halal daripada JAKIM lak, confident la pengguna nak menggunakan produk tu. ye tak?

Kita Orang Islam – Halal dan haram bukan benda yang boleh bawak main. Korang konon geli nak makan babi tu. Tapi kalau la binatang tu dalam makanan, korang tak nampak, korang main telan je. Jaga semua makanan, pakaian dan sumber duit korang tu.

Abu Hurairah menceritakan, ” Satu hari Rasulullah s.a.w menceritakan perihal seorang lelaki yang telah jauh perjalanannya, kasut dan berdebu rambutnya, dia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa “Ya Tuhan Ya Tuhan”. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dipenuhi dengan barang-barang haram, maka bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doanya”. (diriwayatkan oleh Muslim)

 

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'” (HR. Bukhori)

 

Update 29 April 2012

Disebabkan banyak sangat komen, ada yang setuju ada pula yang membantah. Ada kata dia dah buat survey, tanya staff Tutti Frutti dan sebagainya. Err, korang tanya staff Tutti Frutti tu bukan ke macam korang tanya pada Nik Aziz parti PAS tu bagus tak atau korang tanya pada Najib UMNO tu bagus tak? Spongebob Tercekik pun tak tau la korang ni penyiasat persendirian, ahli kimia, chef atau nujum pak belalang je.

 

Apa-apa pun, Spongebob Tercekik nak tambah lagi satu info bahawa Ustaz Azhar Idrus pun suruh korang berhenti makan Tutti Frutti dulu. Betul la. Ustaz Azhar Idrus yang cakap camtu. Cuba tengok gambar kat bawah ni.

tutti frutti ustaz azhar idrus

Ok. Tak payah nak pening-pening, nak marah-marah, sibuk duk membantah or suruh kawan korang sokong or like comment korang tu. Spongebob Tercekik cakap, tepuk dada tanya iman. Spongebob Tercekik ringkaskan kat bawah ni.

 

Fakta

Ketika artikel ini ditulis, Tutti Frutti TIDAK mendapat Halal dari JAKIM. Itu fakta, ada bantahan?

Maka,

Kalau Korang Makan

Maybe korang dapat rasa sedap dan enak.

Korang Makan dan Kemudian Tutti Frutti Sah Halal

Nasib baiklah korang.

Korang Makan dan Kemudian Tutti Frutti Sebenarnya Haram

Amal ibadat 40 hari tak diterima, korang tonggang tonggek solat pun macam sia-sia, jawablah korang dengan tuhan sendiri ye.

Korang tak makan sebab belum dapat halal JAKIM lagi

Korang menjauhi perkara syubhah dan tergolong dalam orang yang membersihkan kehormatan dan agamanya (macam dalam hadis kat atas tu cakap).

 

So macam Spongebob cakap, tepuk dada, tanya iman. Nasihat telah diberikan, keputusan di tangan anda.

Spongebob Tercekik memohon maaf atas segala khilaf dalam penulisan artikel ini. Ambil yang baik, yang buruk buang jauh-jauh. Kalau ada apa-apa yang Spongebob Tercekik terlepas pandang, mohon diperbetulkan. Wallahualam

 

Bila Spongebob Tercekik Berpesan-pesan

 

24 thoughts on “Tutti Frutti Halal atau Tidak?

  1. Dengan Nama Allah, Segala pujian bagi Allah, Selawat dan salam keatas Rasulullah saw, waba’du

    Minyak wangi (perfume) yang dicampurkan dengan bahan alkohol bukanlah najis menurut pandangan yang rajih dari beberapa fuqaha’, dimana ia rajih selain dari satu bahagian fuqaha’ yang mengharamkan najis arak mengatakan bahawa tidak terdapat dalil keatasnya dalil bahawa ia adalah najis, dan pengharaman tidak semestinya najis, pandangan rajih ini adalah menurut fuqaha’ kontemporar seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi, Shiekh Al-Albani. Sheikh Faisal Molawi berpandangan bahawa alkohol tidak boleh diqiaskan dengan arak dari sudut najisnya, dan jika mengambil hukumnya dari sudut haram meminum kerana ciri-ciri memabukkan, dan keatas itu tidak boleh menpengaruhi alkohol ketas taharah atau solat. Adalah lebih afdal seorang Islam menggunakan minyak wangi bebas dari alkohol sebelum solat, dan jika ia mengunakannya (yg ada alkohol) maka tiada ada kesalahan keatasnya.
    (quoted from koleksi fatwa blogspot)

    • Betul apa yg dikatakan Najib itu bahawa khamr (alkohol) bukanlah najis. Terima Kasih.

      Walaubagaimanapun terdapat perbezaan pendapat terutama dari ulama Indonesia contohnya dari Syaikh Yahya Al-Hajuri dan Syaikh Abdurrahman bin Umar bin Mar’iy Al-Adany (digelar Faqihud Dar oleh Syaikh Yahya Al-Hajuri) memberikan ulasan yang panjang tentang ubatan dan minyak wangi yang mengandungi alkohol. Kesimpulan dari ulasan beliau berdua menyatakan bahawa
      “Jika diketahui dengannya bahwa alkohol ini tidak menyatu dengan zat minyak wangi maka boleh menggunakannya, jika tidak diketahui maka tidak (boleh)”.
      Hal ini bergantung kepada peratus alkohol dalam minyak wangi tersebut.

      Dalam ulasan lain, Syaikh Ibnu Utsaimin menegaskan bahawa beliau tidak menggunakan minyak wangi yang mengandung alkohol namun beliau juga tidak melarang orang lain untuk menggunakannya. Beliau juga menjelaskan bahawa yang lebih baik adalah kita bersikap berhati-hati iaitu dengan tidak memakainya.

      Anas.ra Rasulullah bersabda “sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat yg mengharamkan arak.sedang dimadinah tdk ada minuman keras yg diminum melainkan dari kurma.” Hadis riwayat muslim.

      Dari Ibnu Umar ra, bahawa Nabi Saw telah bersabda : tiap tiap yg memabukkan itu khamar dan setiap khamar itu haram. (Hadis riwayat Muslim)

      Jelas dalam hadis tersebut menyatakan bahawa khamr (dieja juga sebagai khamar) itu adalah haram. Minyak wangi mengandungi alkohol (khamr), dan khamr adalah haram.

      Memandangkan perkara ini sebenarnya terdapat perbezaan pandangan dikalangan ulama, Sebaiknya seperti yang diperkatakan oleh Syaikh Ibnu Utsaimin adalah lebih baik kita menjauhinya. Seperti juga dalam hadis yang saya sertakan dalam artikel di atas tentang perkara syubhah. Adalah lebih baik kita menjauhinya terutama wujudnya banyak lagi minyak wangi yang mendapat pengesahan JAKIM dan sebagainya. Walaupun mungkin bau kurang wangi, tetapi selamat amal ibadat kita InsyaAllah

  2. Dlm Islam, semua jenis makanan harus dimakan kecuali disahkan mengandungi najis/bahan Xhalal. Sama dgn keadilan dalam Islam. Suspek tidak bersalah kecuali telah terbukti bersalah. Usah sesuka hati membuat andaian itu ini jika tiada bukti. itu api-api fitnah namanya. Harap maklum.

    • Kalau macam tu kedai makan CINA tu boleh makan la? Sebab takde siapa SAH kan kedai cina tu mengandungi bahan tak halal. Kalau ada orang yang SAH kan, adakah orang yang SAH kan tu boleh dipercayai? Sebab tu la ada JAKIM. Yang akan SAH kan dan boleh DIPERCAYAI. Logik tu..

      Sebelum cakap, dah BACA dengan TELITI ke apa Spongebob tulis dalam artikel tu? Ada ke Spongebob kata Tutti Frutti HARAM? Sebab takde sape SAH kan Tutti Frutti haram. la Spongebob TAK TUDUH atau FITNAH kata Tutti Frutti HARAM

      Apa yang Spongebob cakap, sebab TIADA SIAPA yang DIPERCAYAI SAHKAN Tutti Frutti tu HALAL atau HARAM, maka ia jatuh atas perkara SYUBHAH. BACA HADIS atas tu tentang perkara SYUBHAH.

      Kalau bro nak makan, bro makan la. Spongebob cuma nasihat je. KALAU HALAL nasib baik la. KALAU HARAM, amal ibadat tak terima, tanggung la sendiri.

      Baca bagi abis bro. Dari ATAS sampai BAWAH. Jangan baca tajuk je. Penat nak explain balik.

      • Cara ko tulis, nmpk mcm baik jer. Serupa la ko tulis, Cik XXX berzina ker? Xtuduh pun, just tanya secara public jer.

        Logik la sikit bro. Kedai cina tu anjing pun berkeliaran, ayam pun gantung, daging babi salai bersepah-sepah. Xyah disahkan pun, memg nampk depan mata.

        Islam tu mudah bro. Tp bukan bermakna ia boleh dipermudahkan. Serupa la ko nak solat, mesti nak pakai sejadah.. mesti nak dalam surau/masjid. Sedangkan, kat tepi jalan pun boleh.. xperlu sejadah pun, tanah sebagai lapik. Baca buku imam ghazali (ilya ulumuddin), sedangakn najis yg telah jadi debu & lumpur pun X dianggp najis…

        Fitnah tu berdosa besar bro.. lebih bahaya dari membunuh. Jauh lebih berdosa dari kita termakan babi atau arak secara Xsedar pun..

        Wassalam.

      • haha. cara fiziee tulis ni samada fiziee kerja kat tutti frutti atau suka makan tutti frutti.
        Perenggan 1: Cik XXX kalau tengah berpeluk dengan lelaki, salah ke saya bertanya tgh berzina ke? Tutti Frutti tak letak tanda halal, salah ke saya bertanya Halal ke?
        Perenggan 2: Ayam tak haram bro. Anjing kat tepi jalan nak haram apa. So kalau tak nampak babi salai kat kedai cina tu kau nak makan ke kat kedai cina tu?
        Perenggan 3: Pandai pun. Sama la. Islam tu bukan boleh dipermudahkan. Halal Haram tu isu besar.
        Perenggan 4: Ye saya tahu. Ayat yang mana yang membuatkan fizzie kata saya fitnah? “Tutti Frutti Halal atau Tidak?” Itu ayat fitnah? Belajar jenayat bro.
        Kesimpulan: Saya menasihatkan umat Islam atas perkara yang syubhah. Memberi nasihat, teguran dan peringatan adalah perkara yang dituntut. Amar makruf nahi mungkar. Selemah-lemah iman menegur dalam hati bro.
        Peringatan: Percakap fiziee seolah-olah menggalakkan makan benda yang syubhah. Jika orang ramai makan, dan ditakdirkan makanan itu haram, setiap orang yang fiziee galakkan dan downline nye skali fiziee dapat share dosa tu. Kalau seribu orang terpedaya dengan fiziee camne? Banyak dosa tu

      • Suka ati ko la bro. Aku Xpenah makan pun natang ni. Tp fitnah tu berdosa besar. Aku terbaca, then aku kena la bagitau. Sama mcm contoh aku kat atas tu, kalo cik XXX pegang tgn lelaki, pastu ko tulis kat blog kasi org tgok sedunia dgn tajuk ‘Cik XX berzina ke?’. Siap gmbr dgn fakta2 hari bulan sekian2, siap saksi sekian2, Pastu pas setahun kuar article baru ko tau lelaki yg dia pegang tgn tu abg kandung dia.. Bukti tu penting bro.. bukti sahih.. setakat agak2, kendian publish kat public, tu namanya menggalakkn fitnah. Xingat ke pesan Nabi.. dunia akhir zaman, dunia penuh fitnah.. ko nak jadi salah sorg ke, apa… adios..

      • Terpulang pada Fiziee. Pada saya, saya menasihatkan orang supaya jangan melakukan perkara yang Syubhah. Kalau nak kira fitnah, saya anggap Fiziee lagi nyata MEMFITNAH saya menyatakan yang saya memfitnah orang lain. Dah rujuk pada Ulama’ tentang artikel saya? Macam mana kalau ulama’ kata artikel saya bukan fitnah? Sedangkan Fiziee dah FITNAH saya sekarang ni. Niat saya memang untuk menyedarkan umat Islam bukan menjatuhkan orang lain (baca disclaimer).

        Bagi pembaca lain:
        Spongebob cakap: Sebab tidak tahu halal atau haram, maka ia jatuh syubhah. Seeloknya jangan makan. Macam HADIS kat atas tu cakap, maka kita membersihkan kehormatan dan agama.
        Fiziee cakap: Sebab kita tidak tahu halal atau haram, (Spongebob tak boleh nasihat apa2) so korang teruskan makan je la. ikut HADIS tu cakap, korang umpama pengembala sekitar tanah larangan. So kalau jatuh haram sedangkan korang dah makan, dosa tu tanggung sendiri. Mungkin boleh Share dosa tu dengan Fiziee sebab dia macam menggalakkan korang makan.
        Pada Spongebob, Spongebob hanya menjalankan tugas sebagai orang Islam dengan menegur perbuatan yang dirasakan kurang tepat. Takkan la Spongebob nak kata jangan makan yang xxxxx. Mana korang nak faham xxxx tu apa. Tu pada Spongebob la. Takpelah. Kalau orang nak kata Spongebob fitnah atau apa sahaja, kata la. Hanya Allah yang tahu niat Spongebob Tercekik. Kalau orang nak kata Spongebob memfitnah, Spongebob anggap orang tu la yang Fitnah Spongebob mengatakan Spongebob fitnah orang lain.

  3. yeke? mekasih la bgtau. kita tak penah mkn lg..nk jugak rasa. tp lepas pengesahan halal/haram ni masih diragui, mkn eskem lain jek la kot..

  4. Beginilah, kalau dah ada rasa was-was walau sedikit, tak payah pening-pening fikir,jangan makan. Selalunya kalau nak makan mana-mana pun perasaan was-was tu biasanya akan wujud. Tapi kalau tengok tutti Frutti, memang aku (automatik) dah was-was.

  5. Assalam.. sye tak masuk belah pihak mane2.. untuk pengetahuan En S.T., sye dah pegi tanye kawan sye sendri yg keje kat dalam tuti fruti.. dan sye lihat sndri bukti pada barang yg dorang guna.. ada cop tanda halal.. makanan tue adalah yogurt yg diperbuat drpd air, susu dan powder.. lepas itu diproses di dalam mesin maka jadi lah yogurt icecream.. topping yg dorang guna juga adalah buah-buahan yg fresh dan juga dry topping spt coklat, kacang dan lain2.. semua bahan yg digunakan ada cop halal.. maka En S.T. masih nak meragui kah makanan ini halal ke tidak? kalao En S.T. tak percaya, En S.T. boleh singgah kat tuti fruti mane yg terdekat buat survey dgn staf @ supervisor @ manager dorang sndri untuk bukti En S.T. sendri.. sekian terima kasih..

  6. Assalamualaikum pembaca semua,

    Terima kasih atas peringatan dan usaha ST cuba mencari kepastian tentang halal haram tutifruti. Memandangkan ia tiada pengesahan lagi, terpulang lah kepada masing-masing untuk buat keputusan. Yang baca tu semua ada hati, ada akal, boleh pikir. Saya lemas baca fizie dan st ‘bertelagah’. Cukuplah dengan yang bertelagah dengan hal lain kat luar sana. Nak sambung, email sesama sendiri, tak payah tunjuk kat orang.

    Harao ST tidak berhenti berusaha untuk update tentang tf ni.

    Wassalam.

  7. Tuti fruty…yogurt dia dah dianalisa oleh jskim dan disahkan halal..tapi sijil belum dikeluarkan…jakim kata proses lambat sebab toping yang bsnyak untuk disemak..

  8. Tutti frutti tempat sy betul-betul depan tesco. Aiskrim basic rainbow/chips nestle boleh dapat dua tupperware biru pun harga baru RM10 (tesco kan ada diskaun harian), boleh makan dekat setengah jam. Jadinya bg sy RM10 untuk setengah cup tutti frutti untuk beberapa minit agak membazir. Sumpah rasa tiada beza antara yogurt frozen tu dengan aiskrim rainbow.

Leave a Reply to Spongebob Tercekik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.