Tutti Frutti

Isu kali ini adalah halal ke Tutti Frutti tu? Korang tau tak tutti frutti tu apa? Jahil benar kalau korang tak tau. Tutti Frutti tu terkenal sekarang ni kat Malaysia. Tutti Frutti ni kedai makan aiskrim atau Frozen Yogurt mengikut kata Tutti Frutti sendiri. Lebih kurang macam Baskin Robbins camtu. Tempat orang jual ais krim mahal-mahal. Harga Tutti Frutti ni bukan macam korang beli ais krim Malaysia atau kat pak cik naik motor park belakang sekolah tu, harga semangkuk aiskrim tu kalau beli nasi goreng kampung boleh la dapat 6,7 pinggan. Tapi sebab kat Malaysia ni ramai sangat orang kaya, duit banyak-banyak pun tak tau nak watpe, so makan la aiskrim camtu. Hehe. Yela. Sekali sekala takpe kot nak bazirkan duit untuk perut sendiri dan perut awek tercinta.

Ok. so balik kepada topik asal halal haram Tutti Frutti. Sebab setiap barang yang kita beli tu ada kemungkinan diletakkan benda-benda yang haram. Makanan macam ais krim ni memang tak payah cerita la. Memang besar kemungkinan ada gelatin atau alkohol. Pendekkan cerita, Spongebob Tercekik nampak ramai orang Islam keluar masuk kedai Tutti Frutti tu. So, Spongebob Tercekik tercari-cari gak tanda halal yang ditampal kat kedai Tutti Frutti tu. Tak nampak la pulak. Jadi Spongebob Tercekik sangat pelik sebab orang-orang Islam ni boleh makan kat Tutti Frutti tu dengan yakinnya tanpa sebarang syak. Sampai Spongebob tengok drama kat Tv3 tu pun ada scene makan kat Tutti Frutti. Spongebob Tercekik nampak kawan Spongebob makan kat Tutti Frutti, so Spongebob tanya la dengan slumbernya dapat halal ke Tutti Frutti ni? Kawan Spongebob Tercekik jawab, “tah, adik aku nak makan, ak follow je”. Boleh lak macam tu? Makanan yang haram masuk dalam perut kita, jadi darah daging, amal ibadat tak diterima 40 hari sape nak jawab? Tak ke susah tu. Spongebob Tercekik bukanlah pandai sangat agama, banyak gak dosa, tapi pasal banyak dosa la kalau dah tak terima ibadat 40 hari, celah mana nak dapat pahala?

 

Spongebob Tercekik pun mulakan operasi search Google isu halal haram Tutti Frutti ni. Spongebob Tercekik mulakan dengan pencarian di Direktori Halal JAKIM. Kedai Tutti Frutti ni memang tak dapat pengesahan JAKIM. So Spongebob Tercekik terus melakukan pencarian dan akhirnya Spongebob Tercekik jumpa kat info Facebook Tutti Frutti TTDI dan Tutti Frutti Kubang Kerian cakap camni:

 

Tutti Frutti Products have been certified by Islamic Services of America (ISA) which the body been recognised by JAKIM as per in JAKIM website. Our application for JAKIM certification is currently being process by JAKIM.

Tutti Frutti Halal atau Haram

 

Ok. Tutti Frutti TTDI dengan Tutti Frutti Kubang Kerian ayat dia sama je. Spongebob Tercekik rasa ayat tu memang copy paste. So, mana-mana Facebook Tutti Frutti pun sama je kot. Tapi ayat tu ayat orang tulis kat Facebook je. Sape-sape pun boleh mengaku camtu. Spongebob Tercekik simpulkan 3 perkara dari ayat di atas.

 

1. Islamic Services of America (ISA) adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM

Isu: Takde masalah. Spongebob confirmkan sendiri dengan list badan yang diiktiraf oleh JAKIM (update 1 Januari 2012) yang Islamic Services of America (ISA) memang ada dalam list JAKIM.

Tutti Frutti Halal atau Haram

 

2. Tutti Frutti diiktiraf oleh Islamic Services of America (ISA) ?

Isu: Spongebob Tercekik bukak website Islamic Services of America tak jumpa Direktori Halal dorang. So, Spongebob Tercekik tak boleh nak confirmkan Tutti Frutti ni memang diiktiraf  Islamic Services of America atau tidak. Website Tutti Frutti Malaysia dan  Website Tutti Frutti yang international pun Spongebob Tercekik tak nampak dorang letak gambar certificate halal daripada Islamic Services of America. Jadi siapa yang boleh confirmkan Tutti Frutti ni dapat halal daripada Islamic Services of America (ISA)?

 

3. Tutti Frutti sedang dalam proses mendapat halal daripada JAKIM ?

Isu: Yang ni pun Spongebob Tercekik tak dapat nak confirmkan. Sebab JAKIM ada direktori yang sah dapat halal je. Takde pulak Direktori untuk tengok siapa yang dalam proses dapat hahal. So, Spongebob Tercekik rasa mungkin ini salah satu perkara yang JAKIM perlu sediakan supaya pengguna dapat menilai ketelusan dan kejujuran syarikat-syarikat ni.

 

Disclaimer:

Spongebob Tercekik harap tiada pihak yang salah faham niat Spongebob Tercekik. Bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak atau menghalang korang makan Tutti Frutti, terus terang kalau Tutti Frutti ni dapat halal, Spongebob Tercekik berlari pergi kedai Tutti Frutti tu.

Spongebob Tercekik just nak share apa yang terjadi dalam usaha Spongebob Tercekik cuba mencari kebenaran halal haram Tutti Frutti ni supaya semua pihak dapat pengajaran.

 

Pengajaran:

Tutti Frutti – Kalau betul dapat halal daripada Islamic Services of America (ISA), tulis la kat website jelas-jelas lepas tu upload gambar certificate tu. Bukan susah sangat pun. Setakat tulis kat FB siapa nak percaya? Oh, korang percaya.

JAKIM – Mungkin boleh sediakan direktori bagi syarikat yang sedang dalam proses mendapat pengesahan Halal. So kalau pengguna nampak syarikat tu dapat Halal daripada badan lain yang diiktiraf JAKIM dan dalam proses dapat halal daripada JAKIM lak, confident la pengguna nak menggunakan produk tu. ye tak?

Kita Orang Islam – Halal dan haram bukan benda yang boleh bawak main. Korang konon geli nak makan babi tu. Tapi kalau la binatang tu dalam makanan, korang tak nampak, korang main telan je. Jaga semua makanan, pakaian dan sumber duit korang tu.

Abu Hurairah menceritakan, ” Satu hari Rasulullah s.a.w menceritakan perihal seorang lelaki yang telah jauh perjalanannya, kasut dan berdebu rambutnya, dia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa “Ya Tuhan Ya Tuhan”. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dipenuhi dengan barang-barang haram, maka bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doanya”. (diriwayatkan oleh Muslim)

 

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'” (HR. Bukhori)

 

Update 29 April 2012

Disebabkan banyak sangat komen, ada yang setuju ada pula yang membantah. Ada kata dia dah buat survey, tanya staff Tutti Frutti dan sebagainya. Err, korang tanya staff Tutti Frutti tu bukan ke macam korang tanya pada Nik Aziz parti PAS tu bagus tak atau korang tanya pada Najib UMNO tu bagus tak? Spongebob Tercekik pun tak tau la korang ni penyiasat persendirian, ahli kimia, chef atau nujum pak belalang je.

 

Apa-apa pun, Spongebob Tercekik nak tambah lagi satu info bahawa Ustaz Azhar Idrus pun suruh korang berhenti makan Tutti Frutti dulu. Betul la. Ustaz Azhar Idrus yang cakap camtu. Cuba tengok gambar kat bawah ni.

tutti frutti ustaz azhar idrus

Ok. Tak payah nak pening-pening, nak marah-marah, sibuk duk membantah or suruh kawan korang sokong or like comment korang tu. Spongebob Tercekik cakap, tepuk dada tanya iman. Spongebob Tercekik ringkaskan kat bawah ni.

 

Fakta

Ketika artikel ini ditulis, Tutti Frutti TIDAK mendapat Halal dari JAKIM. Itu fakta, ada bantahan?

Maka,

Kalau Korang Makan

Maybe korang dapat rasa sedap dan enak.

Korang Makan dan Kemudian Tutti Frutti Sah Halal

Nasib baiklah korang.

Korang Makan dan Kemudian Tutti Frutti Sebenarnya Haram

Amal ibadat 40 hari tak diterima, korang tonggang tonggek solat pun macam sia-sia, jawablah korang dengan tuhan sendiri ye.

Korang tak makan sebab belum dapat halal JAKIM lagi

Korang menjauhi perkara syubhah dan tergolong dalam orang yang membersihkan kehormatan dan agamanya (macam dalam hadis kat atas tu cakap).

 

So macam Spongebob cakap, tepuk dada, tanya iman. Nasihat telah diberikan, keputusan di tangan anda.

Spongebob Tercekik memohon maaf atas segala khilaf dalam penulisan artikel ini. Ambil yang baik, yang buruk buang jauh-jauh. Kalau ada apa-apa yang Spongebob Tercekik terlepas pandang, mohon diperbetulkan. Wallahualam

 

Bila Spongebob Tercekik Berpesan-pesan