tm career fair

Jobstreet career fair siapa pernah pergi? Kalau korang pergi jobstreet career fair tu, pernah pergi tak booth Telekom Malaysia? Post kali ni berkenaan dengan Telekom Malaysia atau ringkasnya TM di Career Fair. Kalau korang jarang pergi career fair atau selalu pergi job fair camni tapi tak pernah perasan, biar Spongebob Tercekik ceritakan pengalaman Spongebob di career fair dan kaitannya dengan Telekom Malaysia Berhad.

Spongebob Tercekik salah sorang yang suka pergi career fair. Samada kecil atau besar career fair tu memang kalau boleh Spongebob pergi. Boleh kata hampir 2,3 tahun jugak Spongebob pergi career fair. Terutama yang dianjurkan oleh Jobstreet. Kat PWTC ke atau Midvalley semua pun Spongebob pergi. Sebab biasanya banyak company yang terlibat dengan career fair ni.

 

Telekom Malaysia di Career Fair

Sepanjang pengalaman Spongebob Tercekik pergi career fair, spongebob suka tengok booth Telekom Malaysia kalau ada. Kenapa? Sebab Telekom Malaysia selalu salah tema. Seingat Spongebob kalau tak salah tahun lepas, masa tu orang yang duk kat booth TM tu just promo cakap kalau nak mintak kerja dengan TM pergi career fair TM yang akan berlangsung tak lama selepas Jobstreet fair tu. Kira TM ni buat career fair sendiri untuk cari orang la. Walaupun pada Spongebob tu sedikit menyusahkan, tapi takpela Spongebob boleh faham lagi. Biasa la. Astro pun ada jugak buat astro career fair macam tu. Mungkin dorang rasa company dorang besar sangat kot sampai nak buat career fair sendiri. Maksudnya kita terpaksa datang hanya untuk mohon kerja dengan company dorang je. Ok fine.

 

Telekom Malaysia Salah Tema

Cuma baru-baru ni Spongebob rasa dah dua kali Spongebob perasan booth TM di Career Fair yang sebenarnya bukan cari pekerja.  So, apa booth TM ni buat kat tengah-tengah career fair kalau bukan untuk cari perkerja? Booth TM ni pergi promo Unifi dia kat tengah-tengah career fair. Promo Unifi? Seriously TM? Tak tau la sebab dorang dah besar sangat sampai lupa daratan or memang dorang ni selalu salah tema. Career Fair tu maksudnya pameran kerjaya. Apa kejadahnya  pergi promo Unifi tu kat tengah-tengah career fair. Masjid tu tempat solat, jangan la pergi berjoget kat situ.

 

Penganjur Career Fair atau Job Fair

Kalau Spongebob jadi penganjur jobfair tu, Spongebob blacklist je company macam ni dari list. Orang datang beriya dari jauh, tengok list company yang join career fair. Bila datang booth tu, tengok company tu promo produk dorang. Sebagai tetamu kat situ, terasa macam ditipu pun ada jugak. Kalau semua company promo produk dorang, rosak kualiti career fair itu sendiri. Spongebob faham kepentingan TM promo produk Unifi tu yang merupakan salah satu produk yang paling penting dalam company dorang. Tapi company lain pun jual produk apa. Jadi jangan la salah tema. Career fair untuk cari pekerja. Kalau rasa tak nak cari perkerja, jangan la join.

 

TM Cari Pekerja

TM ni biasanya job offer semua internal circulation je. Kalau korang takde cable memang susah nak join TM ni. Kalau korang tanpa cable, korang datang la TM Career Fair yang penuh dengan orang tu. Maybe sebab tu dorang ada sombong sikit kot. Nak apply job kat website TM Career  pun boleh. Tapi dah bertahun Spongebob tengok website TM career tu. Berapa sangat la job yang dorang offer terutama kalau korang orang luar (tanpa cable) dan bidang teknikal. haram..

 

Bila Spongebob Tercekik Berceloteh