Taktik Pikat Awek

Haa. Hari ni Spongebob Tercekik nak cerita tentang satu taktik yang biasa digunakan oleh lelaki atau dikenali juga sebagai buaya untuk memikat awek-awek  tepi jalan. Ala, biasa lah, kalau korang jalan-jalan, mesti nampak awek-awek berseorangan di stesan bas, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Sekali pandang, nampak macam perempuan-perempuan yang kurang kasih sayang kan. Tapi bila dah nampak, rezki depan mata, takkan la nak diam seribu bahasa. Nak harap awek tu tegur korang dulu memang tak la kan. Melainkan masa tu korang bawak BMW sebijik.

Maka sebagai lelaki yang agak macho, dengan gaya ala-ala Tom Cruise korang pun mencuba nasib dengan menegur perempuan atau awek tersebut. So, kalau dah tepi jalan atau stesen bas, idea biasanya yang terlintas adalah idea tanya jalan la kan. Tapi kalau korang setakat tanya macamana nak gi Jalan Kaki Lima, memang awek tu blah camtu je la kan. So ini ayat yang sepatutnya korang tanya. “Maaf, tumpang tanya. Lorong Cinta jalan Sayang, kampung Rindu, daerah Kasih Sayang, pekan Hati, bandar I Miss U, kat mana ye?”. Haa. Camtu la ayatnya.

Sebagai seorang perempuan lak, kalau korang berhadapan dengan situasi sebegini, Spongebob nak ajar ayat untuk membalas semula soalan tadi dengan bijaknya. Korang cakap camni. “Encik jalan terus ikut jalan Ilahi, nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan Nikah, sepanjang jalan tu akan nampak belah kanan, kedai Batas-Batas Pergaulan dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar Persiapkan diri. Itu tandanya encik berada di jalan betul. Semoga selamat sampai.” Begitulah jawapan yang paling tepat bagi menjawab soalan tersebut supaya tiada pihak yang berkecil hati disamping dapat menjaga peribadi korang sebagai perempuan.

Gambar di atas hanya hiasan semata. Selamat Menghafal.

Spongebob Tercekik dan Cerita