Cerita kali ni nak cerita tentang misteri kehilangan Spongebob Tercekik sejak berbulan-bulan lamanya sambil-sambil lepas tension dan geram. Spongebob bukan nak bagi alasan seperi malas nak update blog, tak ada masa dan sebagainya, tetapi Spongebob hilang mood disebabkan oleh perbuatan TM. TM dengan sesuka ati laki mak tiri dia je nak block laman Spongebob Tercekik ni.

Memandangkan hasil tulisan Spongebob ni dihasilkan dengan bahasa melayu, semestinya kebanyakan pembaca datangnya dari Malaysia. Jadi kalau dah TM block website Spongebob Tercekik, siapa yang nak baca kan. Maka Spongebob pun membawa hati yang lara meninggalkan laman Spongebob Tercekik buat sementara membiarkan masa menyembuhkan keadaan. Spongebob jaga blog lain lak. Kenapa dorang block? Ni yang nak cerita ni betapa kejamnya syarikat yang memonopoli perkhidmatan internet di Malaysia ni.

Sebelum tu kita tunjuk bukti ni dulu.

Gambar kat atas ni yang sebelah kanan menunjukkan website Spongebob Tercekik gagal diakses. Gambar kat sebelah kiri tu pulak tunjuk website Spongebob Tercekik berjaya diakses melalui proxy luar negara. Dalam bahasa mudah, Spongebob Tercekik boleh diakses melalui luar negara tetapi bukan melalui TM(Malaysia).

Siapa yang pandai network sikit boleh tengok result traceroute kat bawah ni.

 

Spongebob tak complain?

Mula-mula Spongebob tanya dulu syarikat hosting Spongebob. Syarikat tu cakap dorang takde block apa-apa akses dari Malaysia (rugi la dorang kalau wat camtu). So, Spongebob rujuk la ISP provider Spongebob iaitu TM.

Macam biasa la kalau complain kat TM ni. Siapa biasa call complain kat TM mesti tau. Macam *****. Email kat TM (general) dekat seminggu baru nak reply email. TM  Streamyx tak yah cerita la. Lagi macam haram. So nasib baik rumah Spongebob lagi satu guna Unifi. Spongebob complain la guna Unifi (masih baru servis elok sikit). Cepat la gak dorang reply email. Tapi jawapan tu memang tak memuaskan langsung.

Nak sampai solution tu rasanya  6 email Spongebob kene reply. Spongebob tak pasti la yang orang yg bertugas reply email tu memang tak pandai or pemalas. Spongebob mintak dia check akses website pun susah (kat PC dia pun boleh wat). Dah kalau tak boleh akses tu pandai-pandai la settlekan. Takkan tu pun nak cakap satu-satu.

Fakta

Sebenarnya Spongebob bukan complain untuk website Spongebob sorang je. Kalau nak tau warga Malaysia yang guna TM TIDAK MENDAPAT AKSES KEPADA BERIBU WEBSITE. Bila Spongebob buat reverse IP baru Spongebob sedar bukan web Spongebob satu je kene block. 1 SERVER hosting tu kene block. Gila ke apa. Kalau orang Malaysia wat Research confirm kalah dengan orang luar negara sebab tak cukup Resources.

Kenapa TM block?

Samada bengap kurang bijak atau pemalas. Spongebob tak pasti sebab sebenarnya. Bila Spongebob check server hosting tu, ada beberapa website dalam tu dikategorikan tidak sihat. Tapi kalau setakat 5,6 website, yang pegi block 1 SERVER tu apa ke jadahnya.

Spongebob diyakinkan dengan satu lagi cerita syarikat hosting dari Malaysia. Admin syarikat ni cerita kat Spongebob server dorang pernah kene block disebabkan oleh ada 1 website “phishing”. Disebabkan 1 website, 1 server kene block. Bengong sungguh. Kalau Google ikut cara TM ni, detect 1 website tak sihat terus declare 1 server tak sihat (tak nak include dalam search result), alamat sebulan bankrupt Google.

 

Spongebob bila lepas geram ni memang cakap kasar sikit. Tapi Spongebob bukan bermaksud nak menghina mana-mana pihak, cuma Spongebob rasa ada sesuatu yang mesti diperbetulkan. Kata negara nak maju. Tapi kalau cara kerja camtu, camne nak maju. Sendiri fikirlah. Jangan sebab rasa syarikat tu dah monopoli perkhidmatan 1 negara, boleh buat ikut suka hati je. Kita BAYAR kot. Kita bukan bayar untuk TM block beribu website. Kesian kat orang yang tak tau. Bila klik je website kat search result tu tengok cam website tu down. Rupa-rupanya TM yang block.

Renung-renungkan..

– Bila Spongebob Tercekik Bercerita –