Vanilla Coklat Lestary Tv3

Spider – Tapi Bagaimana (OST Vanilla Coklat)

Vanilla Coklat Lestary Tv3

Ok, siapa yang tengok cerita Vanilla Coklat semalam? Ala, cerita Vanilla Coklat TV3 Slot Lestary yang baru start semalam (20 Disember) episod 1 tu. Haaa, Spongebob tak tengok pun semalam. Semalam malam Spongebob tercekik dengan test online. Tak boleh nak watpe la. Tapi member cakap best. So Spongebob tengok la kat Tonton yang berat ditambah lagi dengan advertisement yang banyak tu. Overall ok la. Biasa la cerita-cerita remaja bercinta pastu kena paksa kawin dengan orang yang dia tak suka.

Tapi apa yang buat cerita Vanilla Coklat tu lebih menarik disebabkan OST nya yang sesuai dengan tema cerita tu yang agak sempoi campur slumber. OST cerita Vanilla Coklat, lagu tu tajuknya Tapi Bagaimana nyanyian Spider si labah-labah dari album KitaSatu. Album KitaSatu ni ada 5 ke 6 lagu camtu. Rentak lagu ni memang catchy as expected dari Spider. Rentak tu da mantap da, cuma lirik nya tu rasa macam kurang bermakna. Tapi lagu camni memang tak boleh nak expect tinggi pada lirik. Takkan nak sama macam lirik lagu Opick kan. At least lagu Tapi Bagaimana ni better la daripada sesetengah lagu yang merapu-rapu tu yang bunyi je sedap, isi apa pun tak boleh.

Sebelum Spongebob merepek lagi, korang boleh la tengok lirik lagu Tapi Bagaimana nyanyian Spider ni kat bawah. Spongebob tambah lagi dengan link download mp3 untuk korang download dibawakan khas oleh mediafire. Kalau korang tak pernah dengar, boleh la korang cuba dengar. Korang jangan risau, kalau Spongebob share lagu biasanya lagu tu bukan di tahap hampeh. At least boleh diterima oleh telinga kebanyakan orang. So try layan lirik Tapi Bagaimana kat bawah ni pastu korang download la lagu  OST Vanilla Coklat ni paling bawah sekali.

Lirik Spider – Tapi Bagaimana

Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti pasangan
Kekasih yang hangat bercinta

Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu

Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa

Bagaimana harus ku katakan padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini

Kalau korang nak usha OST Vanila Coklat yang lain, Spongebob Tercekik ada lagi. Semua pun best. Boleh try usha post :

GX4 – Kerana Kasihmu (OST Vanila Coklat)

Astrid – Tentang Rasa (OST Vanila Coklat)

Geisha – Kenangan Hidupku (OST Vanila Coklat)

Geisha – Cukup Tak Lagi (OST Vanila Coklat)

Geisha – Cinta dan Benci (OST Vanila Coklat)

Ernie Zakri – Rindu Bukan Teman (OST Vanila Coklat)

6ixth Sense feat Saujana – Penerang Hati (OST Vanila Coklat)

Bila Spongebob Tercekik Menyanyi.

2 thoughts on “Spider – Tapi Bagaimana (OST Vanilla Coklat)

Leave a Reply to shoutvoc Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.