Aku Maafkan Kamu Album Cover

Kali ni Spongebob nak share satu lagu melayu tajuknya Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique Feat. Jamal Abdillah.  Bestnya lagu macam ni sebab Spongebob Tercekik hargai lagu yang mempunya lirik yang bermakna dam membawa pengajaran yang baik. Lagu Malique ni memang banyak liriknya membawa maksud yang mendalam dan agak terseirat. Tapi korang jangan tanya Spongebob lak apa maksud lagu Aku Maafkan Kamu ni. Sesat nanti Spongebob ajar. Jamal Abdillah memang kerja ulang chorus je la dalam lagu ni. Apa pun, lagu Aku Maafkan Kamu ni memang  menarik dan sesuai untuk kita dengar bersama dan hayati lirik lagu nya. Ambik je mana-mana pengajaran dalam lagu ni yang korang rasakan berguna. So, Spongebob malas nak cerita panjang-panjang, kita layan lagu Malique Feat. Jamal Abdillah, Aku Maafkan Kamu ni. Lirik dan link download mp3 lagu ni Spongebob Tercekik sediakan kat bawah. 

Lirik Malique Feat. Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)Ada teratak di hujung kampung
(Ba)Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

(Alif)Ada teratak di hujung kampung
(Ba)Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

 

Link Download Malique Feat. Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu

Link Mediafire:  Malique Feat. Jamal Abdillah – Aku Maafkan Kamu

 

Bila Spongebob Tercekik Menyanyi.