Spongebob rasa mesti ramai tahu Says Malaysia (Says.my) ni kan? Kalau tak tau, dia macam ChurpChurp. Yang ramai orang iklan kat FB, lepas tu bila kita klik, orang yang bagi link tu akan dapat duit. Macam ni ceritanya. Spongebob bukan nak tuduh Says Malaysia tu Scam atau penipu, tapi Spongebob nak cerita kisah tentang kawan rapat Spongebob, namanya Patrick. Kisah Patrick dan Says.my. Korang nilai la sendiri.

 

Satu hari pada 5 March 2012, seperti kebiasaan Patrick nak bukak Account Says.My. Tiba-tiba dia terkejut sebab dia tak boleh login.

Says.my Scam

 

Macam dalam gambar atas tu la. Says.my kata account Patrick dah kena Suspended. So Patrick pun bukak la email. Dia dapat email camni.

 Says.my Scam

 

Patrick dapat email daripada [email protected] cakap account Patrik telah suspended sebab Faking Unique Clicks. Suka2 je nak tuduh kan. Takde bukti apa, tiba2 cakap orang buat Faking Unique Clicks. So takpela, sebab dalam email tu cakap kalau ni satu mistake, boleh email pada [email protected] dengan beberapa details yang  dia mintak jika Patrick rasa ni suatu kesilapan. So Patrick pun email la dengan details yang diminta. Tunggu punya tunggu, tak dapat reply email dari [email protected] lagi.

 

Maka email kedua pun dihantar pada [email protected] Tapi masih tak dapat reply.

Patrick pun try pergi Facebook Says.my. Post kat wall tanya si Yuna bila security says tu nak reply. Yuna ni pun susah nak reply gak. Punya la lambat dia reply. Tu pun dia reply orang lain punya.

 

Tapi sebenarnya bukan Patrick sorang je menghadapi masalah tu, rupanya ramai lagi dah ‘terkena’. Ni antara gambar yang Patrick ambil dari semasa ke semasa nak tunggu Yuna Reply. Bukti yang ramai dah kena suspended, tapi security Says tak pernah reply.

Says.my Scam

 

Says.my Scam

 

Says.my Scam

 

Ramainya tiba-tiba kena suspended, lepas tu email [email protected] tu tak dapat reply. Patrick pun dah macam separuh hati nak berusaha. Dah la comment Patrick kat Facebook Says.my tak dapat reply, orang lain yang dapat reply dari Yuna kat Facebook Says.my pun tak dapat nak solve lagi.

 

Suatu hari Says.my berubah wajah baru. Facebook Says.my pun bertukar wajah. Try la post kat wall Facebook Says.My. Si Yuna reply suruh gunakan fungsi “Talk To Us” kat bawah kanan. Patrcik cakap tak boleh nak Login pun. Mana ada fungsi “Talk To Us”. Dua tiga hari lepas tu, Patrick boleh Login. Tapi status Suspended masih kekal. Sebab tu bila Patrick cuba untuk keluarkan duit, Says.my cakap, account suspended tak boleh keluarkan duit.

Says.my Scam

Patrick pun try fungsi “Talk To Us” kat bawah kanan account Says.my. Agak-agak apa jadi?

Says.my Scam

 

Nampak tak tarikh tu. 18 May 2012. Daripada mula masalah account suspended 5 March 2012, tak dapat reply daripada [email protected] 18 May boleh Login, tapi tak boleh withdraw duit. Guna fungsi “Talk To Us”, pada 18 May, sampai sekarang (4 Jun 2012)  sepatah pun tak ada reply. Dah tiga bulan dah.

 

Patrick ni tipu ke ? Ada duit ke dalam account Patrick ni. Jom kita tengok

Says.my Scam

Tak tipu punya. Ni bukan usaha sehari dua ye. Ni berbulan-bulan lamanya collect, tapi tiba-tiba kena suspended. Tak ke sakit hati..

 

Siapa nak kerja dengan [email protected] Spongebob rasa la, kerjanya macam ni:

1. Cari Account yang ada banyak duit

2. Suspended account dorang tanpa bagi warning.

3. Cuba untuk tak reply email atau komen dorang. Lagi lama lagi bagus. Paling bagus, jangan reply langsung.

 

Disclaimer:

Spongebob bukan menuduh. Tapi cerita tentang pengalaman Patrick dengan Says.my. Lebih 3 bulan kena suspended. Contact dah banyak kali. Email, Post kat Facebook Says.my dan message “Talk to Us” semuanya dah. Memang dorang tak reply. So macam tertipu la kiranya. Dah la suspended tak bagi warning. Sampai 3 bulan tak dapat apa-apa respons. Tu habis tak beradab namanya

 

Kalau korang pernah dapat duit baguslah. Tapi kalau korang belum dapat duit dari says.my, Spongebob nasihatkan kalau cukup je kuota RM50 tu, korang withdraw la. Bukan boleh caye sangat Says.my ni. Buatnya dia suspended account korang, tak ke sedih. Lagi senang, korang guna churpchurp je la.  ChurpChurp tak bayar Spongebob untuk buat promo dorang kat sini ye. Tapi Spongebob memang dapat duit daripada ChurpChurp sebab dah sampai rm100 promo iklan2 churpchurp.

 

Spongebob Tercekik