Salam perkenalan buat semua pembaca dari Spongebob Tercekik. Mungkin persoalan pertama yang bermain di fikiran ialah siapa Spongebob Tercekik? Spongebob Tercekik ialah tidak lain nama samaran oleh penulis dan juga nama website atau blog ini.

Ya, anda boleh panggil saya Spongebob Tercekik, Spongebob sahaja ataupun sesetengah orang menggelarkan saya sebagai span berwarna kuning. Sebenarnya, nama Spongebob Tercekik ini mendapat inspirasi atau ilham daripada seorang rakan saya yang pernah menyebut perkataan ini. Ketika saya tercari-cari nama yang sesuai untuk blog ini, terlintas di fikiran saya perkataan Spongebob Tercekik yang saya rasakan sangat sesuai untuk menggambarkan isi kandungan blog ini.

Sebenarnya, blog Spongebob Tercekik masih baru tetapi peulisnya ini bukanlah pertama kali menulis dalam dunia blog ni. Blog ini sebenrnya blog ketiga milik saya. Blog pertama adalah blog yang agak rasmi dan lebih berkonsepkan ilmu maklumat dan info yang berguna.

Berbeza dengan blog rasmi milik saya, ringkasnya blog Spongebob Tercekik ini dibangunkan lebih berkonsepkan kepada lagu dan cerita yang lebih santai. Tujuannya untuk rileks, lepak, memberikan keceriaan, gembira dan hilangkan tekanan atau stress pembaca. Walaubagaimanapun, Spongebob masih menjaga kualiti setiap artikel yang dikongsi. Lagu pun bukan Spongebob main suka-suka letak, tetapi yang Spongebob betul-betul suka je Spongebob letak. Pendek kata, hanya yang terbaik sahaja yang Spongebob akan sampaikan kepada pembaca.

Dengan itu, Spongebob sangat berharap blog ini akan memberikan manfaat kepada semua pembaca. Sekian.Salam perkenalan dari Spongebob Tercekik.

Bila Spongebob Menyanyi dan Bercerita Tentang Roller Coaster Kehidupan