Umno, Pas, PKR, DAP yang mana korang sokong? Fuhhh, hari ni Spongebob cerita pasal politik la. Ganas dan panas tak? hehe. So, sebelum korang baca post tentang politik macam ni, Spongebob sangat menggalakkan korang membuka minda, membuka hati dan menerima secara terbuka apa yang Spongebob cuba sampaikan. Sebab ia pendapat Spongebob. Dalam mengutarakan pendapat, ada satu peraturan. Selagi mana ia berasaskan logik akal yang bernas dan berasaskan bukti-bukti yang kukuh lagi sahih, maka ia adalah benar dan tak boleh dipersalahkan. Tiada yang betul, dan tiada yang salah. Sebab ianya pendapat dan pendapat yang berbeza adalah sangat normal. Maka jika anda tergolong dalam orang-orang yang taksub dengan satu2 pemimpin, maka Spongebob sangat menggalakkan untuk anda berhenti membaca. Sebab orang yang taksub dan ekstrem, mereka adalah orang yang akan gagal membuat keputusan dan menilai sesuatu secara waras dan baik.

 

Politik, KFC dan McD.

Apa persamaan diantara Politik, KFC dan Mcd. Haaa.. Cuba korang fikirkan. UMNO dan PAS, KFC dan McD. Apa persamaan dorang eh agak-agak. Spongebob percaya, masing-masing mempunyai niat dan matlamat yang sama. UMNO, PAS, PKR dan lain-lain mereka semua nak membangungkan negara, bangsa dan agama. Fuhh.. bunyi macam real je. Tapi kita bersangka  baik la kan. Sama jugak macam McD dan KFC. Dorang mempunyai matlamat yang sama iaitu mengenyangkan perut kita. So dalam usaha mencapat objektif mengenyangkan perut kita, kita nak pergi KFC atau McD?

Spongebob: KFC lagi sedap. Ayam dia sedap tu.

Patrick: Eh, tak la. McD lagi sedap. Ayam spicy dia rangup dan pedas. ada burger sedap-sedap lak. Murah lagi.

Spongebob: Tapi KFC ada Zinger

Patrick: McD ada McFlurry

Spongebob: KFC pun ada Krusher apa..

So macam mana? Biar la Spongebob pergi KFC, Patrick pergi McD. Penghujungnya, dua-dua pun kenyang. Jadi begitulah dengan politik. Samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, mereka semua menjanjikan pencapaian negara dan kebahagiaan rakyat melalui cara yang berbeza. Jadi yang mana satu untuk kita pilih adalah hak peribadi kita semata.

 

bn atau pakatan

 

Citarasa Manusia yang Berbeza

Itulah yang nak disampaikan daripada cerita diatas. Manusia.. kita mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Cap jari pun lain-lain. So, apa yang peliknya dengan perbezaan pendapat dan cara berfikir. Bayangkan dunia jika semua lelaki suka pada satu perempuan yang sama? Tak ke huru hara. Biar la Spongebob sorang je jatuh cinta dengan Hanis zalikha. Jadi Hanis Zalikha pun takde pilihan selain Spongebob. Kan senang. Takyah nak gaduh-gaduh. haha.

 

Jom undi Umno/PAS

Perlu ke kita promote dan pengaruhi orang lain? Hanya orang marketing KFC atau McD sahaja yang akan cuba mempengaruhi dan meliurkan kita dengan gambar-gambar ayam dan burger. Lepas tu yang geng-geng jahat sikit, mula la kata McD tak sembelih ayam, KFC punya ayam tak sihat la dan lain-lain lagi. Siapa pun mereka ni, biasanya mereka adalah tergolong daripada golongan yang mendapat wang atau keuntungan daripada pihak-pihak tertentu. Jadi jika korang adalah orang seperti Spongebob yang tak dapat apa-apa pun, Spongebob rasa tak perlu kot nak promote separuh mati sampai perang saudara sebab politik sahaja.

 

bn pakatan (2)

 

Tapi PAS nak Membangunkan Islam

Yeke.. haha. Tapi UMNO pun kata dia menjaga Islam. Tapi Nik Aziz pakai kopiah, serban, Najib tu pakai blazer je. So kalau pakai kopiah boleh masuk syurga? Orang pakai blazer masuk neraka? Kita sebagai manusia, takyah la nak duk pikir siapa lagi beriman. Nak menjaga Islam dan mampu menjaga Islam adalah dua perkara yang berbeza. Sorry la cakap. Mungkin betul Pas nak buat hukum hudud. Tapi tengok je la bila Pakatan menang Pulau Pinang, Kelantan, Selangor semua. Last-last hukum hudud tu jadi kat Kelantan je. Jadi kalau Pakatan menang Malaysia, agak-agak logik akal korang la, boleh ke hukum hudud tu dapat diterapkan diseluruh Malaysia. Impian tu ada. Tapi kemampuan dan kebijaksanaan tu kurang.

 

Belajar dari Sejarah

Maka kita tengok pulak sirah Rasulullah. Nabi Muhammad SAW punya Islam dan iman dia memang takyah nak pertikai la kan. Kompem-kompem setakat Nik Aziz tu jauh langit dengan bumi. Takde nak kutuk-kutuk, doakan kejatuhan orang atau umat dia orang suka-suka ati. ­čÖé Tapi bila berperang, cuba tengok barisan yang diletakkan dalam kebanyakan perang semasa zaman nabi. Panglima atau komandan perang Khalid al Walid tu biasa je dengar. Bukan calang-calang pahlawan tu. Ngeri semua enemy nak fight. Masa perang uhud berapa banyak mujahid Islam gugur ditangan dia. Kalau stakat nak ukur iman dan takwa je, baik letak Nabi Muhammad SAW je sorang gi perang. Agak-agak korang boleh memang ke perang tu? Tapi kan tuhan sayang Nabi? Jadi apa maksudnya disini adalah Nabi meletakkan orang yang betul ditempat yang betul. Sunnatullah dan hukum tuhan tu perlu juga diambil kira. Kalau kita nak jadikan seorang tu pemimpin, iman dan takwa tu penting. Tapi kebijaksanaan dalam ilmu dunia pun penting gak. Kebijaksanaan ilmu ekonomi, perniagaan, politik, ketenteraan dan sebagainya pun penting dan tak boleh diabaikan. Spongebob rasa semua orang pun tau kan. Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum tu kecuali kaum itu sendiri mengubahnya. Dunia dan akhirat perlu stabil. Kalau nak bina Menara, mesti la panggil Engineer. Takkan nak panggil orang yang beriman je duk depan batu bata tiba2 boleh jadi menara. Sama la macam nak bina negara. Kan.. macam orang-orang dulu. Bukan stakat hafaz quran, tapi pandai ilmu perubatan, matematik dan sebagainya.

 

Politik Malaysia tak Matang

Begitulah kata orang-orang bijak pandai dan golongan atasan. Pasal parti politik pun nak gaduh-gaduh. Kalau kat Amerika tu sekatakat tukar kerajaan tu macam tukar baju je. Takde hal pun. Takyah nak pengaruh-pengaruh, takyah nak bergaduh-gaduh. Siapa menang pilihan raya dia jadi kerajaan. Haha. So boleh la kita cuba-cuba?

 

Nak Cuba Tukar Kerajaan

Satu perbezaan Amerika dengan Malaysia adalah Malaysia sebenarnya banyak melindungi hak-hak istimewa orang Melayu. Apa pun korang cakap, UMNO pun jual tanah la n bla bla bla, kita tetap kena akui sekarang ni orang melayu memang banyak special nya. Beli rumah, beli tanah, UiTM tu beratus ribu semua Bumiputera yang kebanyakan semua orang Melayu. Kalau sekali la Kerajaan dah terbagi hak-hak bumiputera yang banyak tu kat kaum lain, korang ingat bila tukar kerjaan balik lima tahun akan datang, orang Melayu boleh main bangun dan mintak semua hak-hak tu semula? haha. Memang tak la kan.

 

bn atau pakatan

 

So Macam mana sekarang? Nak undi BN atau Pakatan Rakyat?

BN. haha. Mesti korang panas hati kan. Ayat dari tadi dah la macam nak pangkah PAS je dari tadi. Macam yang Spongebob cakap, Spongebob orang biasa yang percaya manusia tu semua ada baik dan buruknya. Mereka bukan Nabi atau Rasul. Bukan maksum. Jadi tak sempurna, salah dan silap itu biasa. Maka taksub kepada mereka, bukan gaya Spongebob. Semua yang Pakatan Rakyat buat semua betul. Semua yang BN buat semua salah. Terlampau fanatik dan mengagungkan manusia itu tak rasional. Maka jawapannya, terpulang. Yang mana korang yakin, korang undi la. Takyah nak semakkan lagi wall Spongebob dengan post-post politik korang tu. Takyah  nak pengaruh-pengaruh orang lain. Nak tarik-tarik orang lain. Macam kanak-kanak ribena. Pergi toilet pun nak ajak kawan. Pastu masuk jamban, berak sekali. Sorang depan, sorang belakang. haha.

 

Saya nak pengaruh orang lain supaya undi PAS/UMNO/PKR

Persoalannya kenapa?  Sebab korang rasa korang betul? Mesti la. Tengok la gambar kat Facebook ni. UMNO membazir duit. Bagi kat Rosmah dan kroni-kroni. Tapi ni ada video Anwar liwat, seks. Eh, ni ada blog tengok cerita pasal Nik Aziz hina nabi.  Nik Aziz kafirkan UMNO. Nik Aziz dakwa sembahyang UMNO tak dapat pahala. Blog la betul. Eh, mana pulak, Facebook lagi betul. Tak la, Berita Tv3 lagi tepat. Mana ada, Harakah la lagi betul. Saya ni bercakap berdasarkan bukti-bukti kukuh. Tengok saya ada gambar, ada video.

Pernah tak sekali dalam seumur hidup korang, korang rasa korang buat keputusan yang silap? Menyesal saya tak ambik course ni dulu. Kalau la aku couple dengan dia, mesti dah bahagia. Alamak, tersalah beli kereta la. Patut aku beli Myvi, ni dah terbeli Honda Jazz. Kalau dulu aku beli Samsung kan best. iPhone ni semua pun kena bayar. Aku ingat aku dah jawab betul da soalan Matematik nombor tiga tu, rupanya salah. Kan.. Sebab apa, korang pun manusia biasa macam Spongebob. Silap tu memang biasa. Keputusan yang kita buat, benda yang kita fikir betul dan baik untuk kita tak semestinya betul dan tepat. Jadi berhenti  mempengaruhi orang lain. Sebab mungkin keputusan orang lain tu lebih baik dan tepat daripada kita.

 

Politik Kotor

Kesimpulannya, Takyah la korang nak post status burukkan parti politik lain. Tak perlu nak semakkan inbox phone Spongebob dengan sms-sms korang tu. Korang ingat korang perjuangkan tu dapat pahala? Silap-silap dosa kering je tau. Tuhan tak pernah ajar korang jatuhkan dan hina orang lain. Politik tu memang macam tu. Kononnya perjuangkan Islam.  Cari kelemahan dan keaiban orang lain, bantah setiap keputusan parti lain, memburuk-burukkan orang lain, Itu yang korang panggil Islam? Hish.. Buat malu agama je. Ibarat kalau dalam perlumbaan lumba lari, dorang bukan nak lari lagi laju untuk menang, tapi dorang hanya tau untuk bentes orang depan, bagi tergolek sampai jatuh tak bermaya, lepas tu dorang jalan kaki sampai penamat.

Kalau setakat gambar Facebook, berita tv3 tu korang nak bergaduh sape betul sape salah, hentikan la. Takyah nak hina, kutuk orang sangat. Korang bukannya member serumah Najib, kawan sekerja Nik Aziz, duk sebilik ngan Anwar, mana la korang tau sangat baik buruk dorang ni. Depan orang semua pun boleh. Macam korang keluar dengan awek la. Pijak semut pun tak mati. Punya bergaya. Ayat pun romantik je. Eh, takpela. biar i belanja. Cuba dengan member, duk terkangkang depan tv dengan boxer, air kosong pun berkira.

 

bn atau pakatan

 

Spongebob sokong mana?

Undi anda adalah rahsia. haha. Ingat la. Ramai orang dulu masuk Islam bukan sebab dakwah nabi. Kena baling batu ada la. Tapi peribadi, akhlak, dan cara kehidupan nabi yang membuatkan orang tertarik. Walaupun dibaling batu, najis, tapi masih ingin menziarah dan mendoakan kebaikan orang tersebut ketika sakit.

Perbuatan dan perlakuan anda yang Spongebob tengok. Akhlak tu penting. Bukan perkataan dan penampilan anda semata. Buat apa pakai jubah, serban segala bagai, tapi bila terlanggar Spongebob dalam LRT sikit pun mulut tak keluar perkataan maaf atau sorry. Muka pun ketat je. Akhlak tu mencerminkan hati kita.

 

Renung-renungkan sebutir kata, seluah bicara, daripada kaca mata Spongebob Tercekik makhluk biasa.

Buka mata, Buka hati, Buka jiwa.

Jangan taksub pada manusia, Letakkan akal di kepala, Letakkan iman di dada.

Jangan ada prasangka, Jangan membuka keaiban saudara, Jangan suka-suka hina manusia.

Islam itu bukan ada pada rupa dan gaya, Islam itu akhlak kita.

 

Undilah Spongebob Tercekik.

 

bn atau pakatan