Otak Perempuan

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan scientist bawah laut, diketuai oleh Spongebob Tercekik and Corporation, hasil kajian mendapati otak perempuan jauh lebih lemah daripada lelaki. Hasil kajian ini telah disahkan ketika mesyuarat raja-raja kerajaan bawah laut.

Menurut kajian yang dilaksanakan, hampir 99 peratus wanita atau perempuan tidak dapat menjawab satu soalan yang sangat mudah berbanding lelaki. Soalan yang mudah tersebut berbunyi begini. “Beritahu saya nombor handphone anda?”. Ya, itulah soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan wanita tetapi dapat dijawab dengan pantas oleh golongan lelaki. Tak percaya? Korang pergi la kat mana-mana perempuan kat bus station, supermarket, toilet dan sebagainya dan ajukan solan tersebut. Kompem 99 peratus wanita tidak akan berjaya menjawabnya.

Scientist bawah laut juga mendapati hubungkait antara lemah otak wanita ini berkadar terus dengan rupa paras mereka. Semakin cantik seorang wanita atau perempuan itu, semakin sukar untuk mereka menjawab soalan mudah ini. Maka secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa otak wanita lebih lemah daripada lelaki.

Peringatan: Jika anda ingin menjalankan kajian ini, sila pastikan anda benar-benar yakin dengan jantina subjek eksperimen anda. Jika anda kurang yakin samada subjek tersebut perempuan atau lelaki, anda tidak digalakkan untuk meneruskan eksperimen tersebut kerana ia mungkin akan mengubah nasib anda dimasa hadapan.

Disclaimer: Spongebob Tercekik tidak bertanggungjawab atas sebarang musibah jika eksperimen ini dijalankan oleh korang sendiri tanpa mendapat permit dan persetujuan daripada kerajaan bawah laut. Sekian

Bila Spongebob Tercekik Merapu Bercerita..