Nazim Othman Langit Menangis

 

Huh. Spongebob Tercekik cari lagu Nazim Othman Langit Menangis ni sekian lamanya akhirnya berjaya juga. Mula-mula Spongebob dengar lagu Langit Menangis ni masa tengok cerita Dejavu di Kinabalu kat Tv3 tu. Spongebob rasa best sangat lagu ni. Berbekalkan serangkap lirik, pencarian Spongebob di Google memang menghampakan. Bila tanya kawan-kawan pasal OST Dejavu di Kinabalu, memang ramai yang tau lagu Melly Goeslaw Butterfly tu je. Akhirnya Spongebob jumpa short clip Dejavu di Kinabalu bahagian lagu Langit Menangis. Dari komen-komen video Youtube tu baru Spongebob tau lagu yang Spongebob suka tu tajuknya Langit Menangis Nyanyian Nazim Othman. Hari demi hari, akhirnya bila bro Nazim Othman sendiri publish lagu tu kat Youtube, baru la ada full version Langit Menangis ni.

 

Lagu dan Lirik Langit Menangis ni hasil ciptaan dan karangan Nazim Othman sendiri. Spongebob memang tabik dengan Nazim Othman sebab berkemampuan menghasilkan lirik dan lagu sebaik Langit Menangis ni. So, macam biasa, Spongebob Tercekik nak share lirik Langit Menangis dan mp3 Langit Menangis nyanyian Nazim Othman untuk korang download. All credit goes to Nazim Othman. Oh, ni twitter Nazim Othman dan Facebook Nazim Othman FC.

 

Lirik Nazim Othman – Langit Menangis

Seluas angkasa ku hampar cinta
Luhur hati hanya bagimu saja
Bagai udara untuk ku bernyawa
Dikau bercahaya, penyuluh jalan gelita

Mahligai indah kuimpikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

Langit menangis
Seakan mengerti peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
Apakah silapnya aku

Namun ku nanti
Dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
Cubalah untuk mengerti

Langit menangis
Seakan mengerti peritnya rasa aku
Melihatmu dengannya
Apakah silapnya aku

Namun ku nanti
Dikau kembali ke pangkuan ini
Meskipun ku terluka
Cubalah untuk mengerti

Mahligai indah kuimpikan kasih
Tanda bersemi semua janji kita
Tapi takdir tak semanis harapan
Setiamu berpaling ketika dia menyapa

 

Link Download Mp3 Nazim Othman – Langit Menangis

Link Mediafire: Nazim Othman – Langit Menangis

 

Bila Spongebob Tercekik Menyanyi..