Najwa Latif Kosong

Kali ni Spongebob Tercekik terasa kosong jiwa ini so nak share lagu Najwa Latif Kosong tajuknya. Lagu Kosong ni rentaknya masih macam lagu Cinta Muka Buku tu gak. Memang genre Najwa Latif camtu kan. Ala-ala Yuna camtu. Lepas lagu popular Najwa Latif Cinta Muka Buku, Carta hati, sekarang Najwa Latif dengan lagu Kosong pulak. Memang best lagu ni. Spongebob Tercekik suka sangat. Lagu yang slumber dan sempoi.

Walaupun suara Najwa Latif ni sebenarnya taklah selunak Yuna, tapi Spongebob Tercekik rasa suara Najwa Latif ni not bad gak la. Sedap lagi suara Najwa Latif dari suara Spongebob Tercekik. Tapi apa yang Spongebob kagum dengan Najwa Latif ni, sebab umur dia yang masih muda. Sekolah lagi kot. Dah boleh menyanyi dengan baik, keyakinan yang tinggi, berdiri atas pentas depan orang ramai dan lain-lain perkara yang sebenarnya mencabar dan mungkin gagal dilakukan oleh sebahagian orang dewasa. Masuk Anugerah Juara Lagu kot. Spongebob baca blog Najwa Latif ni pun Spongebob Tercekik kagum dan suka dengan bahasa Najwa Latif yang sempoi dan mesra. Sekolah lagi dah pandai blogging. Budak sekolah lain main game je lagi.

Lirik lagu Najwa Latif Kosong ni taklah kosong. Sebab lirik kosong yang tak kosong ni la Spongebob Tercekik boleh share. Kalau liriknya kosong gak, korang nampak kosong je la kat bahagian liriknya kan. tah apa-apa je Spongebob Tercekik ni. Sebenarnya apa yang Spongebob nak sampaikan lirik lagu kosong ni membawa maksud dan erti tersendiri. Walaupun mungkin tak seberapa dan tak sehebat mana, tapi lebih baik la dari sesetengah lagu yang liriknya merepek tah apa-apa. So tanpa membuang masa, Spongebob Tercekik share lirik lagu Kosong Najwa Latif dan mp3 lagu kosong ni di bawah untuk korang lihat, baca, download dan dengar. Enjoy guys..

 

Lirik Najwa Latif – Kosong

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong Kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan

Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong Kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong Kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong Kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong Kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong Kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong Kosong

 

Link Download Mp3 Najwa Latif – Kosong

Link Mediafire: Najwa Latif – Kosong

 

Bila Spongebob  Tercekik Menyanyi