mojo andai ku bercinta lagi

Spongebob Tercekik nak share lagu Mojo tajuknya Andai Ku Bercinta Lagi. Lagu ni tengah hot sekarang ni. Kalau tanya Spongebob siapa Mojo ni, Spoegebob Tercekik pun tak kenal sangat. Bila sebut Mojo, Spongebob terbayang makanan gummy2 camtu. Anyway, band Mojo terdiri daripada Aweera sebagai vokalis, Edry KRU sebagai synthesizer, Denny sebagai gitaris dan pemain drum nya Johar. Tau nama cukup la kot.

Mula-mula Spongebob ingatkan tajuk lagu ni Andai Aku Bercinta Lagi, rupanya Andai Ku Bercinta Lagi. Lagu ni memang sekarang ni tengah popular kat mana-mana radio pun. Starting lagu Andai Ku Bercinta Lagi ni meleret sikit, tapi nasib baik chorusnya best. Tapi lirik Andai Ku Bercinta Lagi ni boleh tahan la. Ada maksudnya dan takdela merepek macam sesetengah lagu lain. So Spongebob Tercekik share lirik Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian Mojo berserta link mediafire Andai Ku Bercinta Lagi untuk korang download.

 

Lirik Mojo – Andai Ku Bercinta Lagi

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

 

Link Download Mp3 Mojo – Andai Ku Bercinta Lagi

Link Mediafire:  Mojo – Andai Ku Bercinta Lagi

 

Bila Spongebob Tercekik Menyanyi..