Spongebob Tercekik Bercerita

Menyamar Sebab Malu

Mail dan Azman pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. Pemain-pemain bola sepak Kampung Kencana dirundung rasa malu yang amat sangat. Oleh kerana itu Mail dan Azman bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. 

Mail yang menyamar dengan gaya koboi berjalan-jalan ke kedai di kampungnya.

Tiba-tiba seorang nenek menegurnya, “Hey Mail..”

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang, Mail segera mengubah penyamarannya. Kali ini sebagai Syeikh Arab. Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang. Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek tadi.

Dalam hatinya dia berkata, “Kali ni nenek tu takkan kenal aku lagi”

Tiba-tiba nenek itu berkata “Hey Mail..”

Kerana kehairanan yang amat sangat, Mail bertanya kepada nenek tersebut

“Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?”

Nenek itu menjawab, “La engkau ni.. Ini aku la. Azman!”

 

Spongebob Tercekik dan Cerita..

2 thoughts on “Menyamar Sebab Malu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.