1601114

Ok, walaupun tajuk artikel kali ni macam ada berbaur perkauman sikit, tapi bukan itu niat Spongebob Tercekik. Spongebob bukan nak timbulkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak, cuma Spongebob saja suka-suka nak tunjukkan kat pembaca kalau pembaca sedar tentang perkara ini.

Spongebob rasa mesti setiap orang yang menggunakan internet kenal dengan pendeta Google ni. Tanya je la apa masalah kat beliau, beliau akan cuba tunjukkan jalan penyelesaian untuk masalah yang kita utarakan. Kalau digunakan dengan sebaiknya, maka baiklah penyelesaiannya, tapi kalau pertanyaan itu agak kearah keburukan, maka buruklah hasilnya.

Berbalik kepada isi penting dalam cerita kita kali ni, pernah tak korang cuba taip kat pendeta Google tu perkataan “Melayu” , “India” atau “Cina”. Kalau korang tak pernah taip, korang boleh tengok gambar di bawah cadangan (suggestion) Google untuk perkataan Melayu, Cina atau India.

Cina

1601111

India

1601112

Melayu

1601113

Bila korang tengok gambar tu semua apa pendapat korang? Spongebob nak bagi tau, pendeta Google tidaklah memberi cadangan (suggestion) ikut suka hati dia. Pendeta Google membuat analisis dari kekerapan apabila sesuatu pencarian (search) itu dilakukan. Spongebob tak kesah sangat dengan yang lain tu, cuma Spongebob terkejut jugak dengan Melayu. Kenapa sampai macam tu sekali cadangan yang pendeta Google berikan? Ramai sangat ke yang melakukan pencarian sedemikian? Atau memang terdapat banyak maklumat tentang isu tersebut? Yang itu Spongebob tinggalkan untuk korang fikirkan. Mungkin masih ada lagi yang perlu kita perbaiki bersama.

Renung-renungkan..

P/S: Sekali lagi Spongebob tekankan, apa yang Spongebob paparkan gambar-gambar tersebut adalah asli dan apa yang Spongebob nyatakan adalah fakta yang terjadi. Ia bukan bertujuan untuk menghina atau menjatuhkan mana-mana pihak.