Daya Fokus

Hari ni Spongebob Tercekik nak bawakan khas satu permainan atau kuiz. Penta bercerita, kita try jawab kuiz lak. Kuiz ni tak susah. Korang tak perlu nak risau sangat. Tak payah nak bukak buku, search Google atau study isu-isu semasa. Budak tadika pun boleh jawab kot. Cuma Kuiz ini hanya menguji kosentrasi dan kepantasan anda. Inilah dinamakan Kuiz Spontan.

Yang penting dalam Kuiz Spontan ini adalah kespontanan anda. Kespontanan bukan kesetanan ye. Spontan tak tau apa? Senang cerita korang kena jawab laju-laju. Korang bukan nak jawab soalan Add Math atau main chess. So tak payah pikir lama-lama sangat. Nampak soalan jawab terus. Gunakan minda anda. Dengan pantas tapi concentrate. Orang kampung cakap pantas tapi fokus. Elakkan gangguan dari luar.

Diingatkan sekali lagi,  kuiz ini untuk menguji sejauh mana konsentrasi korang. Kalau korang tipu korang rugi.

Masa yang diberi 1 soalan 1.02 saat sahaja. Jawab secara Pantas dan Spontan. Fokus

  • Jawab spontan, jangan banyak fikir
  • Baca satu demi satu
  • Concentrate

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu. Sebab lembu minum air.

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging.

 

Spongebob Tercekik dan Kuiz.