0901111 Hari ni Spongebob nak ajak pembaca fikirkan dan renungkan tentang satu perkara. Korang pernah tak tengok satu video tentang Karam Singh Walia kat Youtube. Video tu tajuknya Karam Singh Walia diugut. Kalau korang tak pernah tengok, boleh tengok kat bawah ni.

 

Bila korang tengok video ni apa yang korang rasa? Spongebob tiada di sana maka Spongebob tidak boleh pastikan apa-apa sejauh mana kebenaran Karam Singh Walia mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang Melayu. Tapi apa yang Spongebob nak korang fikir, betul ke cara kita sebagai orang melayu melakukan perkara seperti di dalam video tersebut?

Spongebob suka dengan niat mereka untuk mempertahankan bangsa melayu. Spongebob bangga dengan semangat melayu yang ada dalam diri mereka itu. Tetapi Spongebob rasa kecewa dan kesal dengan cara mereka menyelesaikan perkara tersebut. Ingatlah wahai orang melayu yang beragama Islam, matlamat itu tidak menghalalkan cara.

Kenapa perlu keluarkan kata-kata yang agak kasar dengan nada yang sangat tinggi? Kenapa perlu berkasar dan berlagak seperti gengster atau samseng kampung? Bukankah anda seharusnya bersikap lebih professional? Jika begitu cara kita, apakah ada perbezaan antara kita dengan bangsa dan agama lain? Adakah dengan cara ala-ala gsamseng itu bangsa lain akan hormat kepada kita?

Anda bangsa Melayu dan bangga dengan Melayu. Ketahuilah, Orang Melayu terkenal dengan bahasa percakapan yang paling halus dan sopan. Orang Islam terkenal dengan akhlak yang mulia kerana akhlak itu mencerminkan hati seorang insan. Maka renungkan kembali, sebenarnya cara dan gaya mana yang anda ikut?

Renung-renungkan dan Fikir-fikirkan bersama Spongebob Tercekik