Hari ni Spongebob Tercekik nak share satu cerita.

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Johor, Spongebob singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk Spongebob beli. Ketika Spongebob sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut Spongebob terasa memulas. Apalagi, Spongebob pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas, Spongebob tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi Spongebob pergi yang disebelahnya. Baru saja Spongebob duduk, Spongebob terdengar orang dari sebelah bersuara,“Haa, camna sekarang ?”

 

Spongebob pun bukan suka nak berbual dengan orang yang Spongebob tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang tu, akhirnya Spongebob balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi, “Kau nak gi mana ni?”

Iskk, Spongebob mula rasa musykil. Tapi Spongebob balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”.

Lepas tu, suara tu bertanya lagi, “Bila kau nak gerak ni??”. Spongebob dengan selamba kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.

Kemudian Spongebob terdengar lagi suara org sebelah tu berkata “Hei, Aku call kau balik lepas ni, tiap kali Aku tanya soalan kat kau, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawab jer!”

Spongebob Tercekik dan Cerita