Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC)

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC)

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC)

Hari ni nak cerita ilmiah sikit. Iskandar Malaysia korang tau tak? haa.. Kalau tak tau jahil ilmu tu namanya. Pengetahuan am tu. Sebagai penduduk Malaysia korang mesti la tau kan. Kalau korang tinggal Johor tapi tak tau Iskandar Malaysia, Spongebob Tercekik cadangkan korang berhenti je la jadi orang Johor. Campak kat Pantai Lido tu bagi ikan paus je makan. Post kali ni bukan nak bagi korang knowledge apa itu Iskandar Malaysia, apa yang Iskandar Malaysia buat, Apa kesan Iskandar Malaysia pada korang dan segala butiran tentang Iskandar Malaysia, tapi nak cerita yang Spongebob Tercekik dah sampai kat Iskandar Malaysia Information Centre semalam. Ada yang eja information center ada yang eja information centre, dua-dua pun sama je la. Beza UK dan US je. Kalau tak tau tanya cikgu English korang.

Iskandar Malaysia Information Centre atau singkatannya IM Information Centre atau pun lebih singkat lagi IMIC ni yang Spongebob pergi dekat Danga Bay. Teluk Danga orang melayu cakap. Kat tepi pantai tu. Lokasi sebenarnya adalah dalam Danga Bay Convention Centre. Nanti korang cari sampai ke funfair tu lain pulak jadinya.

Yang canggihnya atau special nya IM Information Centre dorang ni sebab dalam tu semua touch screen. Ada skrin besar, ada skrin kecil, macam-macam jenis screen ada. Sambil-sambil korang cari maklumat dalam touch screen dorang tu, korang boleh gak main game. Wii ada, Ps3 pun ada, macam-macam game pun ada. Kalau dah rasa ilmu tu penuh di dada, ada touch screen untuk main kuiz atau game tentang Iskandar Malaysia. So boleh la kalau korang nak test power knowledge korang yak tak seberapa tu kan.

Kalau nak cerita pasal Iskandar Malaysia ni, Spongebob Tercekik pun tak larat nak tulis. So korang boleh pergi sendiri Danga Bay Convention Centre tu, dalam nya ada Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC). Jangan nak ngada-ngada mintak peta pegi Danga Bay lak. Search je kat Google Maps. Takpun tanya je bangla tepi jalan tu. Kalau korang nak buat research pasal Iskandar Malaysia boleh la korang nak bertapa dalam tu. Jangan korang ingat Iskandar Malaysia tu buat Nusajaya je. Yang pandai sikit maybe dorang sebut Iskandar Malaysia buat Legoland gak. Tapi bukan tu je, macam-macam Iskandar Malaysia ni buat. Tanah dia besar tu. Kata orang tu, tanah dorang 3 kali lebih besar daripada Singapura,2 kali lebih besar dari Hong Kong.

Tanah dah besar-besar tu, banyak la perancangan dan projeknya. Bila da banyak projeknya, banyak la pelaburan dan pekerjanya. So salah satu perkara yang boleh korang cari kat sana adalah kerja kosong atau kalau korang orang business maybe boleh usha-usha pelaburan atau investment dalam Iskandar Malaysia. Dengar cerita banyak tu pekerja dorang perlukan. Macam-macam bidang dorang nak. Banyak la peluang pekerjaan untuk korang. Selain dari tu, banyak knowledge pasal Iskandar Malaysia korang boleh dapat. Tempat aircond, luas dan selesa. Apa lagi, pergi la Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC).

Bawah ni ada beberapa gambar Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) kalau korang nak usha camne rupanya IM Information Centre ni.

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC)

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC)

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC)

Ada masa korang boleh pergi Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) ni. Kalau semua Information Centre macam ni best gak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.