gwiyomi wawa zainal

Gwiyomi Wawa Zainal adalah salah satu gwiyomi yang Spongebob nak share pada hari ni.  Sebabnya Spongebob rasa gwiyomi ni satu benda yang cute. Ditambah lak dengan Wawa Zainal yang memang sedia cute, bertambah cute la gwiyomi jadinya. Haha.

Ramai yang tanya apa gwiyomi ni sebenarnya. Secara teori nya Gwiyomi juga dikenali dengan nama kwiyomi asal usulnya dari South Korea. K-pop la senang kata dan bermula dari single seorang artis bernama Hari. Tapi movement atau pergerakan Gwiyomi diilhamkan oleh Jung Ilhoon salah seorang ahli kumpulan Btob, Born to Beat dari South Korea jugak. So kesimpulannya gwiyomi ni asalnya dari South Korea. Apa yang membuatkan Gwiyomi ni menarik adalah pergerakan atau movement yang sangat cute dengan rentak lagu dan lirik yang memang cute. So double the cuteness.

 

Video bawah ni adalah video lagu Kiyomi Song (Cutie Song) siap dengan English subtitle supaya korang faham kecomelan lagu ni. Video Lagu Kiyomi dinyanyikan oleh penyanyi asal Hari

 

Video bawah ni pula Hari dengan gerakan Gwiyomi nya.

 

Kepada para wanita, video berikutnya adalah video Jung Ilhoon ahli kumpulan BtoB pemberi ilham gerakan gwiyomi

 

Gwiyomi di Malaysia pula terkenal selepas ada satu awek ni yang Spongebob sendiri kurang pasti asal usulnya menghasilkan video gwiyomi beliau sendiri. Awek ni ada orang kata memang asal/mix Korea. Comelnya awek ni memang tak dapat dinafikan lagi. Dengar jugak dia ni bini orang. So tengok boleh, berangan jangan. haha.

 

 

Baru-baru ni bersumber daripada Keek, Awek Spongebob Wawa Zainal telah menghasilkan video Gwiyomi beliau sendiri. Video Gwiyomi Wawa Zainal Spongebob sediakan kat bawah ni. Embed khas daripad Youtube.

 

Gwiyomi ni kalau korang tak faham lagi, anggap je la macam gangnam style camtu. Cuma gerakan Gwiyomi ni macam ada satu teras, tapi diubahsuai mengikut kreativiti masing-masing.

So, yang mana satu paling comel? haha. Renung-renungkan dan jangan berangan. Yang Korea jauh sangat. Yang Malaysia tu dengarnya dah jadi bini orang. Yang bawah sekali tu anak Encik Enal bakal bini Spongebob Tercekik. haha

 

Bila Spongebob Tercekik Gwiyomi