Gangnam style haram satu lagi isu yang dibangkitkan ketika ini. Gangnam Style yang berasal dari Korea menjadi satu ikutan ramai baru baru ini. Kira macam jadi satu fenomena baru jugak la kan. Biasa la benda baru, nampak menyeronokkan, orang pun ikut la. Dah macam poco-poco jadinya Gangnam Style ni. Tapi ada satu wall post di Facebook Ustaz Azhar Idrus (Original) seperti seolah-olah menyatakan bahawa Gangnam Style itu haram diikuti. Maka blogger-blogger yang berjari pantas dengan lajunya mengetengahkan perkara ini.

 

Tapi betul ke Gangnam Style haram?

Kalau korang jahil sangat Gangnam Style pun tak tau apa, kita tengok dulu apa itu Gangnam Style. Bawah ni video youtube PSY Gangnam Style

 

Lepas tu kita tengok pulak apa kata Ustaz Azhar Idrus.

gambar Gangnam Style Haram?

Kalau diteliti betul-betul tiada satu pun perkataan haram yang digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus. Cuma Ustaz Azhar Idrus ada sebut ayat “tidak diredhai oleh Allah dan Rasulullah”. So mungkin secara mudahnya untuk orang katakan kira haram la tu kot.

Pendapat Spongebob secara peribadi, hadis yang diketengahkan oleh Ustaz Azhar Idrus tu betul dan biasa digunakan. Memang sahih la.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebeum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”

Para sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi s.a.w menjawab,”Siapa lagi kalau bukan mereka?” – Hadith Riwayat Muslim

Cuma  pada Spongebob, tidak lah tarian Gangnam Style secara spesifik dianggap haram. Maksudnya tarian itu haram disebabkan macam cara tarian atau bentuk gerakan tarian itu yang menyerupai sesuatu. Hadis ni boleh digunakan secara umum. Maksudnya bukan lah tarian korea tu. Video klip lagu kat Malaysia ni pun ada sesetengah tu bercampur gaul jugak lelaki dan perempuan. Pada Spongebob tu pun dah kira haram kan.

 

So kalau tanya Spongebob, Spongebob tak kata tarian Gangnam Style itu haram. Cuba tengok video cute youtube satu keluarga ni Suasana Gangnam Raya oleh Anak Cucu Tok Haroon. Gangnam Style start pada minit ke 1.42.

 

So baik-baik la. Kalau kata tarian Gangnam Style tu haram, seolah-olah kita buat kat mana-mana pun jadi haram. Lain tu maksudnya. Nanti tak pasal-pasal anak cucu tok haroon kena bawak turun video dorang tu. Kalau Spongebob nak joget Gangnam Style tu dalam toilet takkan tu pun jadi haram. Tapi kalau tarian melayu pun dah yang geleknya perempuan depan orang ramai, itu  kan dah jadi haram.

 

Spongebob sebut perkara ni takut orang ramai tersalah anggap. Yela. Orang kita ni suka baca tajuk je. Sesetengah orang pun main sebat je simplify terus jadi haram. Tarian itu sendiri haram atau orang dan tempat tu menjadikan ia haram? Renung-renungkan.

 

P/S: Spongebob bukan pandai sangat agama. Apa yang disebutkan disini hanya idea dan logik yang patut kita fikirkan dan renungkan bersama berbekalkan ilmu agama yang sekangkang kera. Sebarang khilaf dalam penulisan, harap dimaafkan.

Bila Spongebob Tercekik Bercerita.