Album Sinaran Ernie Zakri

Spongebob Tercekik sebenarnya tak perasan lagu Rindu Bukan Teman nyanyian Ernie Zakri  ni dalam OST Vanila Coklat. Cuma mengikut sumber-sumber yang tak berapa nak kukuh, lagu Rindu Bukan Teman ni memang wujud sebagai salah satu OST Vanila Coklat yang diatayangkan di Tv3. Mungkin tak banyak kot. Sebab tu Spongebob Tercekik tak perasan. Kalau tanya Spongebob, Ernie Zakri ni pun Spongebob Tercekik tak kenal sebenarnya. Tapi untunglah Ernie Zakri ni. Oleh kerana wujudnya Spongebob Tercekik, maka ramailah orang kenal dia kan. Ernie Zakri ni sebenarnya  pemenang atau juara bintang RTM 2009. Lagu Rindu Bukan Teman ni adalah lagu Azlan Abu Hassan, liriknya ditulis oleh Dangsuria Shahadrian daripada album Sinaran. Jelas ye murid-murid.

Jujur nya lagu Ernie Zakri Rindu Bukan Teman ni bila Spongebob Tercekik dengar takde la special sangat pun. Pada Spongebob, biasa-biasa je. Dengar boleh, nak minat sangat tu takde kot. Cuma ada comment pendengar kat youtube tu macam kata betul-betul best. Tak tau la. Telinga masing-masing kan. Tapi vokal Ernie Zakri ni memang mantap la. Juara Bintang RTM kan. So, bagi tidak menghampakan peminat Ernie Zakri dan peminat Vanila Coklat, maka Spongebob Tercekik bawakan khas lirik lagu Rindu Bukan Teman sekali dengan Mp3 Rindu Bukan Teman untuk korang download.

 

Lirik Ernie Zakri – Rindu Bukan Teman

Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejam ku yang tiada lena
Bayang wajahmu menyentak
Jatungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya

Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Bergelut resahku dengan
Dingin malam tiada hujung

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya

(Kerinduan bukan teman)
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Kerinduan membara
Menjadi dendam yang tak daya ku pujuk ragam
Lalu berpusar bagai ribut
Yang melanda di jiwa

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

(kerinduan bukan teman)
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Dikala kau berjauhan
Dikala kau berjauhan
Dikala kau berjauhan

 

Link Download Mp3 Ernie Zakri – Rindu Bukan Teman

Link Mediafire: Ernie Zakri – Rindu Bukan Teman

 

Kalau korang nak usha OST Vanila Coklat yang lain, Spongebob Tercekik ada lagi. Semua pun best. Boleh try usha post :

Spider – Tapi Bagaimana (OST Vanila Coklat)

Astrid – Tentang Rasa (OST Vanila Coklat)

Geisha – Kenangan Hidupku (OST Vanila Coklat)

GX4 – Kerana Kasihmu (OST Vanila Coklat)

Geisha – Cukup Tak Lagi (OST Vanila Coklat)

Geisha – Cinta dan Benci (OST Vanila Coklat)

6ixth Sense feat Saujana – Penerang Hati (OST Vanila Coklat)