Siapa pernah belajar sains? Mesti hampir semua daripada kita pernah belajar sains kan. Paling tak masa sekolah rendah dulu mesti dah belajar kan. Ingat dengan tak ingat je la. So Spongebob kali ni nak kongsi cerita atau lebih tepat lagi dialog antara dua orang scientist.  Tapi dialog bukan sebarang dialog. Ini dialog percintaan antara dua orang scientist. Kira percintaan antara orang Sains la ni. Scientist pun manusia gak. Ada hati dan perasaan. So dialog bawah ni adalah dialog cinta antara dua orang scientist tu.

 

Scientist 1 : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?

Scientist 2 : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Scientist 1 : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Scientist 2 : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan.

Scientist 1 : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.

Scientist 2 : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Scientist 1 : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.

Scientist 2 : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’ yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak.

Scientist 1 : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Scientist 2 : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Scientist 1: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Scientist 2: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Scientist 1: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Scientist 2: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Scientist 1: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Scientist 2: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaya?

Scientist 1: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Scientist 2: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

Scientist 1: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Scientist 2: Tapi, imanku adalah infiniti!

Scientist 1: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6×10’23.

Scientist 2: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakyang susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Scientist 1: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Scientist 2: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.

 

Spongebob Tercekik dan Cerita