Kenali Wanita

Hari ni Spongebob Tercekik nak ajar cara atau tips kepada lelaki untuk kenal wanita. Maksudnya untuk korang nak tahu samada perempuan tu masih single, sudah berpunya atau playgirl. Hebatnya teknik yang Spongebob Tercekik nak ajar ni sebabnya korang boleh kenal jenis perempuan dalam beberapa saat sahaja walaupun korang first time jumpa perempuan tu. Sebenarnya caranya mudah je. Korang hanya perlukan sedikit kepekaan. Kepekaan ye, bukan kepekakan.

Mula-mula (macam nak ajar masakan lak), korang pergi ke tempat ramai yang ramai orang. Contohnya pasar malam, stesen bas atau shopping complex. Bila korang berselisih dengan seseorang perempuan (bukan pondan ye), pandang mata dia dalam-dalam. Jangan kelip-kelip. Kalau orang putih cakap make an eye contact with her. Tengok dan renung matanya sedalam mungkin.

Kalau mata dia dan kita saling mengekori, itu tandanya dia sedang mencari. Kalau dia tengok sekejap je, lepas tu dia tengok arah lain, itu tandanya dah berpunya. Kalau tak tengok langsung, itu tandanya kau memang tak hensem.

 

Spongebob Tercekik dan Tips Mengenali Wanita