Kali ni Spongebob Tercekik nak membawa beberapa ungkapan yang biasa kita dengar tetapi berbeza mengikut status perkahwinan seseorang itu..

Awal Perkahwinan
Isteri : Jom kita pergi shopping
Suami : Jom.. dari duduk rumah, bosan gak..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : Jom kita pergi shopping
Suami : Abang penat laaa.. Ayang pergi sendiri laaa.. naik lrt ke.. drive
ke..teksi ke..

Penghujung perkahwinan
Isteri : Jom kita pergi shopping
Suami : apa shopping moping..?..aku kompang kang….

***

Awal Perkahwinan
Isteri : Hari ini kita makan kedai ye..
Suami : OK..no problem..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : Hari ini kita makan kedai ye..
Suami : Awak tak boleh masak ke ?

Penghujung perkahwinan
Isteri : Hari ini kita makan kedai ye..
Suami : awak nikah je lah ngan mamak kedai tu…

***

Awal Perkahwinan
Isteri : Ayang mengandung..
Suami : Abang tak sabar nak lihat anak kita..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : Abang tolong buat susu anak..
Suami : Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..

Penghujung perkahwinan
Isteri : Cuba awak tegur anak tu sikit..
Suami : Haiii..anak awak..memang ikut mak…gerenti bengong nyer…

***

Awal Perkahwinan
Isteri : Ayang masak, abang kemas rumah ye..
Suami : OK..no problem..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : Ayang masak, abang kemas rumah ye..
Suami : Saya penat, awak ajelahh yang buat..

Penghujung perkahwinan
Isteri : Ayang masak, abang kemas rumah ye..
Suami : apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer…saya nak kuar
ngan maid kita yg baru ni……

***

Awal Perkahwinan
Isteri : Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?
Suami : Apa yang ayang inginkan..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?
Suami : Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?

Penghujung perkahwinan
Isteri : Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?
Suami : kompang nak ?…

***

Awal Perkahwinan
Isteri : Ayang tak pandai masak..
Suami : takpe, biar abang masak..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : Ayang tak pandai masak..
Suami : masak jer la apa2 jer..

Penghujung perkahwinan
Isteri : Ayang tak pandai masak..
Suami : bakar je lar dapur tu……

 

Bila Spongebob Tercekik Bercerita..