Pertama sekali Spongebob Tercekik nak mintak maaf kepada sesiapa yang terasa dan kekasaran bahasa yang bakal terjadi disebabkan post ni dihasilkan ketika bengang yang tahap melampau dalam diri Spongebob kepada orang melayu kita.

 

BERSIH ni tak payah cerita lagi. Yang terbaru dah sampai Bersih 3.0. Post ni sebenarnya lebih berkait dengan Bersih 3.0. Memang semua orang dah tahu matlamat nya kononnya nak pilihan raya yang adil, telus dan bla bla bla. Apa pun matlamatnya, Spongebob Tercekik nak tegur cara kita sebagai orang Melayu dan orang Islam. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Bawah ni satu gambar contoh yang terjadi pada Bersih 3.0. Banyak lagi gambar lain, tapi Spongebob yakin korang sendiri dah tengok kat TV tu kan.

 

bersih 3.0

 

Spongebob Tercekik tegur direct kepada orang Melayu sebab kita semua nampak memang banyak or hampir semua yang terlibat adalah orang Melayu. Yang bangsa lain tu jadi kepala nya je. Yang buah2 kecik tu semua orang Melayu. Firstly korang join ‘minah hitam’ yang sokong seks bebas tu apa kejadahnya. Dah tu sedap je dia kenakan korang balik

Minah Hitam: Jom Join Bersih

Orang Melayu: Jom (Dengan Semangatnya)

**Orang Melayu Rempuh Polis

Minah Hitam: Bagus-bagus.

Minah Hitam (Depan Tv): Tindakan rempuh polis tu tak kita galakkan. Saya menyokong tindakan diambil kepada yang berkenaan.

 

Kan bodoh korang ni. Korang bersemengat perjuangkan tah apa-apa tu, orang bangsa lain duk rumah gelakkan korang guling-guling. Korang rempuh Polis (banyaknya bangsa melayu), terbalikkan kereta polis, korang pukul wartawan yang tak bersalah, korang timbulkan huru hara, perangai pebenda korang ikut Spongebob Tercekik pun tak tahu. Polis tu manusia jugak kot. Ada keluarga, jalankan tugas peliharan keamanan negara.

 

Komen Spongebob Tercekik

1. Kalau korang benci sangat dengan Polis tu, korang declare je nama korang dekat Polis. So, kalau rumah korang kena rompak, kena curi, korang kena ragut atau harta benda korang hilang, jangan panggil polis.

2. Kalau dah rasa kuat sangat, hebat, nak berbakti, korang pergi Palestin sana. Pergi tolong orang Islam kat sana. InsyAllah lagi banyak pahala dan faedahnya. Baling lah batu kat tentera Israel, terbalikkan la kereta tentera Israel dan lompat la atas kereta tank tentera Israel. Spongebob lagi respect. Agaknya bila korang balik Malaysia, baru korang tahu hargai keamanan di Malaysia

3. Yang bawak kanak-kanak tu, dua perkataan, bodoh dan bangang.

 

Korang lah pencemar imej negara, korang lah pembawa imej negatif agama Islam dan korang lah pemusnah bangsa.

 

Kita cuba buat, Korang buat

1. Kita cuba nak naikkan imej Malaysia di mata dunia. Korang buat huru hara.

2. Kita cuba jadikan Malaysia negara yang aman makmur, korang pergi buat demonstrasi tengah-tengah bandar, ganggu ketenteraman orang awam.

3. Kita cuba kata tengoklah bangsa melayu penuh dengan adab dan sopan santun. Korang pergi rempuh Polis, terbalikkan kereta, rosakkan harta benda awam dan sebagainya

 

Manusia akan bersyukur dengan makanan yang dimakan, apabila mereka rasa kebuluran. Manusia akan bersyukur dengan kasut yang dipakai, apabila mereka rasa tidak mempunyai kaki. Manusia akan bersyukur dengan keamanan, apabila mereka rasa penderitaan.

 

Apa Masalah Korang Ni?

Apa yang korang marah sangat? Korang tak dibenarkan pakai tudung? Korang tak dibenarkan bersolat? Korang dipukul bila keluar rumah? So kerana marah pasal ‘kononnya’ pilihan raya tak adil, wajarkah dengan huru hara yang korang timbulkan.

Islam ajar korang untuk timbulkan huru hara ke? Islam ajar korang untuk pukul orang yang tak bersalah? Islam ajar korang untuk rempuh, lawan, pukul pihak berkuasa yang sebangsa, seagama dan senegara dengan korang? Hello, nak berperang dalam Islam pun banyak syarat-syaratnya tau. Bukan boleh suka-suka.

Korang buat tu semua untuk politik? Memang korang bodoh. Korang ingat orang nak join parti yang galakkan huru hara, galakkan keganasan, galakkan pertempuran? Gila ke apa? Orang yang join tu samada punyai kepentingan diri sendiri, bosan dengan keamanan atau orang-orang yang bodoh dan gila.

Apa pun alasan korang, Spongebob Tercekik yakin itu bukan ajaran yang diajar oleh Islam dan banyak negatifnya dari positif. Korang boleh cakap apa je untuk tegakkan benang basah korang, tapi tepuk dada, tanya iman. Hilangkan rasa taksub pada manusia, sedari lah manusia tu tidak sempurna, renungkan dan hisab lah diri anda sendiri.

 

Spongebob Tercekik dan Roller Coaster Kehidupan