Spongebob Tercekik kali ni nak berkongsi dengan pembaca tentang satu isu yang selalu dihadapi oleh kita sebagai manusia iaitu jatuh hati atau jatuh cinta. Jatuh cinta atau jatuh hati kepada manusia lain ni perkara yang sangat biasa atau orang kampung cakap too common la. Ada yang jatuh cinta setahun sekali, ada yang sebulan sekali, ada yang tiap-tiap hari jatuh cinta.

Hari ni tengok perempuan ni terus jatuh cinta, esok, tengok perempuan lain, jatuh cinta lagi. Ada pulak yang pagi-pagi breakfast McD, tengok awek cashier McD dah jatuh cinta. Lepas tu pergi Tesco, tengok promoter minyak wangi, dah jatuh cinta lagi. Kesimpulannya, jatuh cinta ni sangat biasa dan normal. Cuma kalau korang jenis jatuh cinta setiap jam tu tak tau la cinta jenis apa yang ada dalam hati korang kan.

Anyway, objektif utama cerita hari ini ialah satu video yang spongebob jumpa di Youtube tentang jatuh hati ni. Spongebob nak kongsi dengan pembaca sebab video tu sangat menarik dan boleh dijadikan sebagai pedoman apabila korang jatuh cinta. So, cinta, cinta gak, tapi kalau boleh korang cuba ikut nasihat yang disampaikan dalam puisi Jika Aku Jatuh Hati ini. So Spongebob sediakan video dari youtube tersebut untuk pembaca dengar puisi tersebut disertakan dengan versi tulisan. Mari kita menghayati bersama.

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta Ya Allah,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu Ya Allah,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu Ya Allah,
Jangan, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah…
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin Ya Rabbal Alamin..

Video puisi ini:

 

Nota: Spongebob Tercekik tidak mengambil apa-apa kredit daripada puisi ini. Terima kasih kepada mereka yang mencipta puisi ini (Spongebob tak dapat pastikan pemilik asal) dan kepada mereka yang bersusah payah buat video ni. Terima Kasih juga kepada Allah kerana memberikan ilham dan ilmunya kepada pencipta puisi ini semoga dengannya dapat memperingatkan manusia-manusia lain dalam bercinta.

Sekian.. Bila Spongebob Bercerita Tentang Roller Coaster Kehidupan