Hari ni nak cerita pasal nikah. Lek dulu. Bukan Spongebob yang nak nikah. ¬†Jangan lompat kepada kesimpulan (Don’t jump to conclusion). Spongebob masih dara or maybe teruna. Tak kesah la.

Cerita sebenarnya Spongebob nampak 1 post kat Facebook tu tentang nikah. Bila dikaji, rupanya banyak dah blog tulis pasal cerita maksud nikah ni. Spongebob nak bagi kredit pun tak tahu siapa penulis asalnya. Maka Spongebob hanya berniat memanjangkan ilmu ni kepada pembaca.

Ada macam-macam tajuk kat blog tu. Ada yang sebut maksud sebenar nikah, ada yang bagi tajuk tanggungjawab seorang suami, erti sebenar pernikahan dan berbagai lagi. Bagi tafsiran Spongebob, mungkin tajuk  yang sesuai ialah maksud tersirat di sebalik lafaz akad nikah.

Dipendekkan cerita, biasanya ayat lafaz akad nikah berbunyi begini

Aku terima nikahnya si awek binti si awek punya ayah dengan mas kahwinnya RM22.22 tunai.

Bunyi macam senang. Tapi hakikat atau maksud tersirat disebalik lafaz akad nikah tersebut

Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku

Renung-renungkan.

Bila Spongebob Tercekik Bernikah Bercerita