Ainan Tasneem nama yang sebenarnya agak terkenal. Spongebob Tercekik kenal Ainan ni. Cuma Ainan Tasneem je tak kenal Spongebob. Itu lah masalahnya. Spongebob mula-mula kenal si comel molek ni kat Facebook Page Ainan Tasneem. Sebelum dia terkenal lagi. Lama jugak la kot. Bertahun lamanya menjadi peminat misteri aka stalker. Haha. Tengok orang comment punya la banyak. Spongebob hanya memerhati cubaan insan yang bernama lelaki cuba memancing seekor ikan di lautan dalam. Yang nyata Spongebob hanya menjadi silent reader kat situ.

Siapa Ainan Tasneem

Mungkin ada banyak persoalan tanya siapa Ainan Tasneem ni? Milik siapakah gadis ini? Kalau tanya Spongebob, Spongebob sendiri pun macam korang gak. Bukan pernah bersembang kat kedai mamak interview pun. Tercari-cari blog Ainan Tasneem dicelah-celah kesibukan google begitu sukar untuk ditemui sehingga kewujudunnya diragui. Taknak cerita Ainan Tasneem nanti korang cakap Spongebob Tercekik mengada lak. Pergi buat post ni lepas tu tak nak cerita sikit latar belakang Ainan Tasneem.

Sabar ye. Ni la nak cerita la ni biodata Ainan Tasneem. Nama sebenar Ainan Tasneem Ridzuan. Dia ni student lagi kat UniMAP. Jangan jahil sangat ye UniMAP pun tak tau apa.  Universiti Malaysia Perlis. Nak jumpa datang la Perlis. Masuk UniMAP tu, pergi cari lokasi Bioprocess Engineering sebab dia ni student Bioprocess Engineering. Pandai budak ni. Dia suka menyanyi, main gitar dan makan. Kira macam hobi Ainan Tasneem jugak la.

Rumah Ainan Tasneem kat Bukit Jalil. Kalau sesiapa nak cuba nasib masuk meminang Ainan boleh la datang Bukit Jalil. Lepas tengok bola tu, datang je la singgah masuk minang. Oh ye. Birthday Ainan Tasneem 4 November kalau tak salah. Hari tu dia marah Spongebob terlupa bagi hadiah hari lahir. So Spongebob tulis la bagi ingat ye. Suka-suka hati je kan tulis.

Suara Ainan ni memang best. Spongebob Tercekik suka. Lunak camtu. Muka da la comel kan. Kira ada pakej la sebagai seorang penyanyi. Bawah ni ada video Ainan Tasneem  kalau nak tengok kecomelan Ainan ni menyanyi.

Bawah ni video Ainan Tasneem Aku Suka Dia

Bawah ni lagi video Ainan Tasneem Aku Keliru

Kalau nak dengar Cover untuk I’m Yours Jason Mraz

Lagi satu Cover untuk Zombie The Cranberries

Banyak lagi video dia ni. Paling mudah korang pergi je kat Facebook Ainan Tasneem, tengok je la video-video dia kat situ

 

Contact Ainan Tasneem

Kalau ada sesiapa nak hubungi Ainan Tasneem untuk booking atau pertanyaan boleh la call nombor telefon Ainan Tasneem punya Manager, Aisyah 0176155010 atau PR Ainan Tasneem, Mahadhir 0166551188. Kalau nak email, email Ainan Tasneem [email protected] Reference Spongebob Tercekik. Pasni boleh la Spongebob Tercekik ambik percentage sikit. Penat tulis tentang Ainan Tasneem dah ni. kan kan kan. Ala, Ainan dah popular, banyak duit, apa la salahnya belanja Spongebob Starbuck secawan kan. Ainan kan tak kesah. haha

Atau paling senang nak contact Ainan Tasneem, boleh contact boyfriend Ainan Tasneem aka teman lelaki Ainan Tasneem, Spongebob Tercekik. haha. Sah teruk Spongebob Tercekik ni.

 

Sebelum Spongebob Tercekik merapu lagi panjang, mungkin ada baiknya Spongebob Tercekik mengundur diri. Tapi betul la semua yang Spongebob bagi background Ainan Tasneem tu. Cuma kalau korang percaya cerita boyfriend Ainan tu memang korang agak lurus bendul la kot. haha. Susah payah Spongebob cari maklumat tau. Kalau orang nampak, boleh menimbulkan fitnah. Cakap Spongebob hendap anak dara orang, macam buaya la. Walaupun Spongebob duduk bawah laut, tapi Spongebob tak geng tau ngan buaya. Buaya mana ada kat dasar laut pun. Tak pasal-pasal tuduh Spongebob ni stalker dan sebagainya.  Spongebob Tercekik ni baik sebenarnya. Tak caya tanya Ainan. kan Ainan, kan kan..

Kepada semua pembaca, terima kasih sebab sudi membaca Spongebob merepek sampai hujung ni. Kalau ada tersalah fakta dan sebagainya, harap sudilah dimaafkan Spongebob Tercekik. Spongebob Tercekik ni pun bukanlah wartawan kan. Wartawan pun kadang-kadang buat silap gak. Walaupun tak berapa banyak maklumat yang dapat korang ambik, tapi itu je la yang Spongebob terdaya. Maklumlah, baru je couple. haha. naya den.

 

Spongebob dah tolong promo ni jangan marah ye Ainan. haha.

 

Bila Spongebob Tercekik Bercerita