6ixth Sense feat Saujana - Penerang Hati

Lagu yang terpilih kali ini ialah lagu Penerang Hati nyanyian 6ixth Sense ft Saujana. Lagu ni merupakan salah satu lagu yang digunakan dalam drama Vanila Coklat yang ditayangkan di Tv3 tu. Terus terang lagu Penerang Hati ni kalau Spongebob dengar tak ada la special sangat pun. Sedap tapi biasa je. Rentak dia agak rancak tetapi membawa mesej yang baik sebenarnya. Lirik Penerang Hati ni pun tak panjang sebenarnya. Chorus dia ulang smpai 3 kali. Lagu Penerang Hati ni pun pendek je dalam 3 minit lebih. Kalau nak dengar tu boleh la. Tapi sebab lagu Penerang Hati si 6ixth Sense dan Saujana ni salah satu OST utama dalam cerita Vanila Coklat, Spongebob Tercekik share jugak la. Lagi pun ada peminat kata lagu Penerang Hati ni sedap walaupun Spongebob rasa biasa je. Telinga masing-masing kan.

 

Spongebob Tercekik sebenarnya rasa kurang sesuai lagu 6ixth Sense feat Saujana Penerang Hati ni jadi lagu OST Vanila Coklat. Sebabnya Spongebob rasa lirik lagu Penerang Hati ni berkisarkan cinta kepada tuhan. Cerita Vanila Coklat tu pulak lebih kepada cinta kepada manusia. Walaupun ada perkataan cinta disitu, tapi tak berapa sesuai kot.

 

6itxh Sense atau kadang-kadang orang suka eja Sixth Sense ni kumpulan yang memang da cukup terkenal kot. Spongebob tak payah kenalkan lagi. Tapi ejaan yang betulnya memang 6ixth Sense. Bunyi je Sixth Sense. Saujana ni kalau korang tak kenal memang jahil gak la Spongebob rasa. Kumpulan nasyid terkenal kot suatu ketika dulu dan sehingga kini pun Spongebob rasa masih terkenal. Kalau korang tak kenal Saujana, memang nasyid bukan genre lagu korang la jawabnya kan. Apa-apa pun, jom layan lirik 6ixth Sense ft Saujana Penerang Hati  sambil dengan Mp3 Penerang Hati ni. Link download Mp3 disediakan di bawah sekali. Jom layan.

 

Lirik 6ixth Sense feat Saujana – Penerang Hati

Mencinta Mu tenangkan jiwaku
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Tak akan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

 

Link Download Mp3 6ixth Sense feat Saujana – Penerang Hati

Link Mediafire: 6ixth Sense feat Saujana – Penerang Hati

 

Kalau korang nak usha OST Vanila Coklat yang lain, Spongebob Tercekik ada lagi. Semua pun best. Boleh try usha post :

Spider – Tapi Bagaimana (OST Vanila Coklat)

Astrid – Tentang Rasa (OST Vanila Coklat)

Geisha – Kenangan Hidupku (OST Vanila Coklat)

GX4 – Kerana Kasihmu (OST Vanila Coklat)

Geisha – Cukup Tak Lagi (OST Vanila Coklat)

Geisha – Cinta dan Benci (OST Vanila Coklat)

Ernie Zakri – Rindu Bukan Teman (OST Vanila Coklat)